Sunday 28 October 2012

Perkelahan Raya Eid-Adha IMPEMAS di Kuwait

Aku mempersembahakan cerita ini... Semoga Terhibur!

         Setiap gambar ada ceritanya. Setiap cerita ada kisahnya. Setiap kisah ada memorinya. Kisahku ini adalah perkongsian yang bermakna bagi sesiapa yang mahu mamfaatnya. Cinta. Ukhwwah. Itulah yang ku rasai. Perasaan yang diluahkan yang hanya untuk Penciptaku. Dia adalah segalanya. Dialah yang memberikan kisah ini kepadaku. Aku bersyukur yang tak terhingga. Alhamdulillah. Mentari menyinari hamparan bumi yang telah diselubungi kegelapan malam selama separuh masa. Kini, cahayanya muncul lagi. Aku masih dapat melihatnya. Jikalau takdirku bersama Penciptaku pada malam harinya, mungkin aku tidak dapat melihat sinaran mentari lagi. Terima kasih Ya Rabb kerana memberi daku peluang untuk kali ini. Nikmatmu sungguh luas. Sampaikan tak terkira seperti yang Engkau kurniakan untuk hambamu ini. Islam. Iman. Masa lapang. Kehidupan. Kasih sayang. Aku mengagahkan diriku untuk menunaikan perintahMu. Sungguh agung segala syariatmu. Segalanya adalah untuk memdidik diriku sebagai hambamu. Selepas selesainya segala suruhannya. Fikiranku terfikir juga untuk jogging. Badanku masih sakit urat-uratnya, tapi aku mengagahkan diriku untuk melaksanakannya. Aku mengambil kasutku. Aku buat senaman ringan dan mulakan joggingnya. Sungguh penat sebab sudah lama aku meninggalkannya. Begitulah segala permulaan. Bermula dengan payah. Pasni, Insya Allah.. Segala aktiviti akan mudah. Hidup ini kalau nak cemerlang. Mulakan langkah pertamamu. Nescaya akan terbinanya jalan-jalan untuk mengharunginya.

          Setelah itu, aku bersiap untuk sarapan. Ketika inilah aku berjumpa dengan Din, Anas. K dan abg Ikhwan yang juga bersama-sama untuk makan. Aku tertarik satu perkara. Sifat yang ditunjukkan oleh abg Ikhwan. Din, Anas, dan K pelajar Mahaad Ad-Din. Setiap pelajar yang berada dalam Jamiah ini akan diberikan kupon untuk makan. Aku perhatikan kupon yang digunakan oleh Din, Anas dan K adalah kupon Abg Ikhwan. Sanggup abang Ikhwan memberikan kuponnya untuk tarikh yang akan datang digunakan oleh mereka. Berfikir dihatiku, "Esok, lusa.. Mungkin abg ikhwan dah tak sarapan kat Kantin dah sebab telah digunakn oleh Anas, K, dan Din". Itulah abg Ikhwan yang aku kenal. Banyak perkara yang dikorbankan untuk orang lain. Kalau aku, mungkin diriku berfikran dua kali. Apa pun semoga Allah membalas segalanya dengan RahmatMu. Allah. Allah. Selepas itu, abang Ikhwan ajak aku pergi memancing. Aku mengiakan ajakan. Tapi disebabkan kelambatan yang aku buat, terlepas la. Apa pun semuanya ketentuannya.

Jam 9.00 pagi terdetik di papan jam tanganku. Aku lihat abang Syam dan Cik sedang memasak untuk program kami petang ini. Bilik Cik tepi bilikku. Segala aktiviti ku menjenguknya. Takut-takut ada yang ku dapat tolong. Alhamdulillah. Semua okey. Masa terus berjalan tanpa henti. Waktu asar berkumandang. Aku pun turun ke Musalla utk solat. Waktu asar di kuwait pukul 2.45pm. Setelah selesai segala kewajipan.Aku disapa oleh abang Ikhwan. "Hafiz, cepat cikit deh. Kita nak bertolak dah pasni. Bawak baju sejuk skali sbb tadi nampak nak hujan", pesan abang Ikhwan. "Baiklah, ana pergi tukar pakaian jap, ana akan turun secepat mungkin", balas daku. Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Semalam raya di Embassy, sekarang nak raya di pantai pula. Ketika aku turun tergesa-gesa, ku lihat cuaca mulai hujan. Yeah! Hujan pertama selama aku tinggal di Kuwait. Dalam hatiku, "Camne nak buat program camni, hujan yang kurang lebatnya tp ditambahi dengan angin yang kuat". Aku menuju ke arah Mussolla. Terdapat dalam 10 orang pelajar Malaysia yang terteduh bawah meja berpayung. Malang nasib. Mereka seperti tak berteduh. Tetap basah. "Jom masuk mussolla, kat situ lebih baik", cadang Abg Farhan.

Hujan...
Usrah sementara..
      Tunggu la daku bersama sahabat-sahabat dan abang-abang yang sangat ku kagumi. Perbualan kami rancak dengan pelbagai jenis cerita. Tidak lupa juga unutk aku. Aku hanya dapat menambah-nambah perisa perbualan. Ceria. Keadaan ketika itu melucukan buatku dengan gelagak Cik yang berpura-pura berlakon ketika seorang arab yang datang ke tempat kami. Aku tahu ramai yang tidak sukai dia. Bukan bermaksud untuk benci tapi sifatnya yang selalu menganggu majlis kami. Setiap majlis yang kami buat mesti muncul empunya badan. Hihi. Selepas 30 minit kami menunggu, hujan semakin dan beransur-ansur untuk berhenti. Lepas itu, abang-abang senior ajak kami ke tempat parking kereta. Jumlah kami semua 18 orang. Bayangkan 18 orang ini dimuatkan dalam 2 buah kereta bersama dengan barang berkelah iaitu, khemah, makanan, air, kelengkapan membakar satey.

Nk pergi pantai dah...
           Huh! Kereta abang Ikhwan dimuatkan dengan 8 orang bersama barang-barang. Aku bersama 9 orang lagi naik kereta abang Amin. Pergh! 10 orang naik kereta tu. Semuanya jadi seperti ikan sardin. Haha! Aku tertarik dengan kepakaran abang Amin membawa kereta yang sangat terlebih muatan. Seorang-seorang dalam kereka tu bukan kecik-kecik. Semuanya dah nak jadi ayah orang, tunggu masa je. Haha! Maaf abang-abang senior yang baca ayat tu. Dengan kelajuan 80km/j, sampailah kami di tempat yang dituju. Waa... Ramainya orang. Mojeritinya orang Arab. Cuaca ketika itu baik jugak. Hanya tinggal dalam 20 minit sahaja lagi untuk berkumandang azan Maghrib. Aku terasa lega selepas keluar dari kereta. Kami berjalan ke tempat yang dituju. Masing-masing membawa tugas. Aku hanya membawa kelengkapan memancing.

Solat Maghrib
          Kami bekerjasama untuk menyiapkan temapat berkelah. Disekelilingku semua orang arab. Mereka juga seperti kami. "sape-sape yang tak ambik wuduk, mari sini", panggil abang Syam. Aku mengangkat tangan dan bergegas ke arab abang Syam. Setelah masuknya waktu maghrib. Kami semua solat berjemaah yang berimamkan Shahrul. Sungguh sedap suaranya. Ibaratku berimamkan syiekh Makkah. Dialah ketua untuk persatuan IMPEMAS. Yeah! Inilah kami. Kami dahulukan perintah Pencipta daripada urusan dunia. Solat adalah perintah wajib kepada semua umat Islam. Tidak terkecuali kepada seseorang pun hatta dia sakit. Solat adalah tiang agama kami. Kalau nak berbicara tentang solat terlalu banyak hikmahnya. Allah itu Maha Kaya. Semuanya dalam ilmuNya. Sains. Priskologi. Semuanya ada kaitan dengan solat. Ketika kami solat di atas tikar, ramai orang arab sertai kami. 4 sof yang terhasil. Inilah budaya orang Islam yang kita mahukan. Dahulukan solat daripada segalanya. Sama-sama kita amalkan. Moga-moga Allah merahmati kami. Insya Allah.

Halaqa'.
           Sejurus kemudian, kami buat halaqa'. Bermulalah program kami. Tidak sempurna majlis tanpa ayat-ayat suci Al-Quran. Syahrul sebagai ketua dan pengerusi dalam persatuan menjemput aku untuk memperdengarkan bacaan. "Aduih! Ayat mana aku hendak baca ek.. Tak sempat nak ulang.. Ikutlah yang mana pun asalkan baca", bisik hatiku. Dengan suara yang begitu tidak sedap ini aku memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran. Selepas itu bermula ucapan dari setiap individu. Kesimpulan yang aku boleh simpulkan dari ucapan kami semua. "Ana bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah ini, walaupun banyak dugaan yang kita harungi unutk menjayakan program ini. Tadi hujan, terlebih muatan kereta dan banyak lagi. Ana mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha maaf Zahir. Batin... Err.. tak kot. Selain tu, ana mntk halal apa yang tersangkut. Hutang?. Minta halal. Tak tak. Insya Allah bayar. Tunggu masa sahaja. bla bla bla... " ucapan kami. Haha! Banyak sangat jenaka ketika ini. Lebih-lebih lagi kehadiran Din yang masih belum sembuh penyakitnya sama-sama meriahkan program ini. Semoga sihat cepat yerr! Insya Allah.

        Sebelum bersurai membuat aktiviti masing-masing, Shahrul memperkenalkan persatuan IMPEMAS ini secara perkenalan. "Impemas ni ialah Impian Emas ataupun Ikatan Muhabbah Pelajar Malaysia Kuwait. Ditubuhkan pada tahun 1998. Presiden tahun ini ialah ana, naib pengerusi ialah abg Amin, setiausaha ialah Cik, bendahari ialah Mad, biro penerangan dan iklan ialah K, biro sukan kesenian dan kebudayaan ialah abg Farhan kita, biro memasak ialah abg Luqman. itulah sedikit sebyk info utk impemas" terang Shahrul. Abang Ikhwan pun bertaya kepada pengerusi, "boleh tak g ngail ni?". Jwab shahrul "silakn." haha! Sebenarnya aktiviti memancing tak ada dalam tentatif program. Aktiviti tu berlaku secara spontan. Lebih-lebih lagi kehadiran peseta persatuan kelab memancing IMPEMAS yang dipengerusikan Abg Ikhwan. Apa lagi sep-sep ni sekelip mata menghilang menuju ke tebing lautan. Ketika ini sep-sep memancing tak ada umpan. Abang Syam dan Abg Luqman menjadi sasaran. Satey!. Itulah umpan kami untuk memancing kali ini. Aku pun termasuk skali dalam sep-sep memancing. Haha!.

Berteduh dengan tikar.. Hujan!
           15 minit berlalu, nasib tidak melebihi kami dan semua orang arab kat situ. Hujan turun dengan lebatnya bersama petir. Semua lari lintang-pukang meninggalkan tempat berkelah kecuali kami. Kami yang hanya berpayungkan tikar melindungi satey-satey yang sedang dibakar. Inilah program kami yang penuh dengan panca dan roba. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Berteduhlah kami dibawa tikar untuk 25 minit. Aku terasa nak ketawa pun ada. Tidak sangka program kami jadi camtu. Hujan mulai reda. Aku, abg Ikhwan, dan Shahrul pergi ambil khemah untuk menyenangkan urusan kami. Waa.. besarnya khemah. Hihi.. boleh tidur 7 orang dalam tu, kalau duduk dalam halaqa' mungkin dalam 18 orang muat. Angin ketika itu masih kuat, sedangkan dalam khemah tidak ada orang. Khemah kami melambung sperti bola. Semua orang ketawa. Mad terus mengejar dan melompat atas khemah. Jikalau tiada orang yang kejar khemah itu, aku yakin khemah kami pergi buat selamanya ke dalam luatan. Selepas itu bermula jamuan kami yang dimasak oleh Abang Syam, Cik dan yang lain-lain iaitu nasi kapit, kuah kacang, satey, air pepsi dan jus buah-buahan yang dibeli di suuq Lulu. Selepas menjamu selera. Sep-sep memancing menyambung balik projek mega. Haha! Ramai yang sebelum ini tidak pernah memancing turut terhibur, malah mahu join aktiviti kami. Akulah pertamanya yang dapat ikan. Besar la juga. Alhamdulillah. Selepas itu, aku pergi ke khemah untuk berbual-bual. Lagipun ketika itu joranku rosak. Biarlah, bukan rezekiku. 

Dapat ikan... huhuuu... Alhamdulillah
Bakar Ikan..
         Perancangan yang kami tak rancang pun, terhasil tentatif baru iaitu bakar ikan. Haha! Dalam 8 ekor juga dapat dan 2 ekor ketam tp terlepas. Abang Syam, Abg Amin. Mad dan aku menjadi tukang masak ketika ini. Yang lain ada yang memancing dan ada yang berbual dalam khemah. Ada juga yang mahu ke tandas. Malangnya tandas terlalu jauh. 15 minit perjalanan berjalan kaki. Tapi demi buang air, terpaksa pergi juga. Takkah la kami nak buat air dalam laut. Kalau terjadi begitu, nescaya timbul habis ikan. haha! Gurau-gurau. 20 minit sebelum kami balik, kami berjamu selera ikan bakar yang telah dibakar. Sungguh sedap. Tidak pernah dibuat orang, dapat ikan terus menyiam ikan dan bakar. Pergh! Fresh sangat. Tak percaya try la. Hihi. 20 minit berlalu, kami bersiap-siap untuk pulang. Semua melakukan tugas masing-masing. Kami menuju ke arah tempat parking. Masa balik inilah kami berpecah kepada 3 group. Group pertama naik dengan abang Ikhwan. Group kedua naik dengan abg Amin. Group ketiga naik dengan van Maahad Ad-din. 

            Bersamaku dalam kereta ialah abang Farhan. Hari ini hari lahir Abg Farhan. Cik mulakan lagu. "Allah telah selamatkan kamu, ding ding ding, Allah telah selamatkan kamu.........". Kami semua yang berada dalam kereta turut sama. Sungguh ceria ketika ini. Segala kepenatan aku hilang. Gelak ketawa yang terhasil. Cik buatkan pantun. Abg Farhan balas. Begitu juga yang lain. Sampaikan abg Farhan terharu. Inilah ukhwwah kami. Sungguh mesra walaupun perbezaan umur yang agak ketara. Allah telah satukan hati-hati kami. Alhamdulillah. Abang Farhan cakap nak belanja. Hihi. Jam 10.37 malam, itulah masa aku sampai di University. Dengan perlahan-lahan jasadku menuju ke arah bangunan sakan. Lepas sampai dibilik. Aku persiapkn segala urusanku. Begitulah kisahnya. Menarik? tak menarik? Itulah pengalaman yang tak akan pernah kami lupakan. Sungguh indah. Sesungguhnya ia penuh mutiara yang tidak akan dapat dibandingkan dengan apa yang kami dapat .Terima kasih Ya Rabb.

Jasir..Abg Farhan..Mad..K..Aku..Mukhlis..Udin..Aiman..Abg Luqman
Abg Syam..Ammar..Hakim..Izzat..Cik..Abg Ikhwan.. Anas..Abg Amin.. Shahrul



#Semoga terhibur!#

No comments:

Post a Comment