Monday 5 November 2012

Rehlah Jamai' di Pantai Syuwaikh



Aku mempersembahkan cerita ini!
Angin ialah makhluk Allah yang tidak dapat difikirkan bagaimana perciptaanya. Sungguh unik. Sungguh ajaib. Angin juga boleh sinonimkan dengan oksigen. Sungguhnya aku tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya makhluk Allah ini disekat dihalang untuk aku menyirupnya. Aku tidak terdaya. Allah telah mengaturnya. Akal yang diberikan ini jua tidak dapat mengetahuai sebalik penciptaan Allah yang Maha Agung kecuali petunjuk, taufik, ilmu daripadaNya. Hanya orang yang berfikir tentang ciptaan tuhan sahaja dapat melihat dengan mata hatinya bahawasanya Allah lah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan yang mentadbir alam ini, Dialah yang menciptakan segalanya, Dialah Allah yang Maha Agung. Betapa ramainya manusia yang tidak dapat menggunakan akalnya untuk melihat kebesaran Allah. Bersyukurlah wahai manusia yang bergelar insan. Sesungguhnya kita adalah lemah, tidak terdaya, rendahlah dirimu kepadaNya. Aku mengingatkan untuk diriku serta insan-insan yang berfikir. Aku teringat akan kata-kata sahabatku, "angin ini ialah disebabkan putaran bumi dan juga pemanasan tidak sekata yang mengakibtkan perbezaan tekana udara rendah dan tinggi. Udara... kalau dipanaskan akn mengembang. Udara akan menjadi ringan disebabkan tekanan udaranya berkurang. Udara dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi. Udara yang naik tadi menyusut menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik kembali. Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan perolakan.". Itulah fakta sains. Aku hanya mengangguk-angguk. Betapa hebatnya proses angin.


Inilah aku!
Itulah yang ku rasai saat, pertemankan handset ditangan sambil menyirup angin segar waktu pagi. Indah. Pagi  ini aku asyik bimbang memikirkan kerja rumah yang diberikan oleh doktor. Kerjanya bukanlah sikit. Mencabar minda yang masih kekeliruan. Satu pengharapan yang lahir daripada jiwa yang penuh dengan masalah agar ditenangkan jiwa. Menantikan satu penyelesaian yang mengembirakn untukku. Adakah aku sempat menyiapkannya?. Masa yang hanya berbaki 18 jam lagi. Sungguh sukar untuk diriku untuk menterjemah setiap patah perkataan berserta dengan menaip arabnya. Huh!. Pagi itu aku tidak berbuat apa-apa kecuali menaip. Bukan kerja rumah tapi satu perkongsian. Tenangkan fikiran kata diriku. Jam berganti jam. Tadi jam 8, skrg jam 9, nanti jam 10. Ia senantisa bergerak. Mustahil untuk diriku mengundur walaupun satu saat. Tiba-tiba telefon berbunyi. Lamunan aku tersedar di alam nyata. "hafiz, nak pergi kat rehlah kat pantai, program itu untuk ahli mazkaz lughah", telefon Ahmad. Ahmad adalah sahabatku yang sangat baik. Dia orang Brunai. Aku pun bertanya, "Bila?". Dia pun jawap, "Sekarang". "Hah! Sekarang?... Ok-ok.. Tunggu ana 5 minit yer" jelasku dengan nada terkejut. Adakah patut, sekarang baru bagitahu. Aku tak sempat nak berbuat apa-apa. Hihi. Nak pergi sangat tapi mengomen.


Ketika berbual-bual
Tanpa berlengah, aku terus bersiap. Berbajukan kemeja lengan pendek. Berseluar hitam. Sandal. Aku tidak merancang pun nak pakai sedemikian, padahal aku nak pergi berkelah sebenarnya. Betul-betul kelang-kabut. Aku telah mengenali Rahmatullah. Dia adalah seorang pekerja yang sangat pentingkan masa. Jikalau dia cakap 9.00 pagi, mesti ketika itu tayar bas mulai bergerak. Itulah perinsipnya. Aku bergegas ke bas yang mulai bergerak sambil berharapkan sahabatku yang masih ketinggalan di bilik. Dalam hatiku berkata,"Maaflah mukhlis, mg lewat sgt. Aku tak boleh nak buat apa2". Berpergian la aku dengan Ahmad bersama saudara-saudara dari Mazkaz Lughah. Kebanyakkan manusia dalam bas itu ada yang bukan Islam. Ada dari Korea, Jepun, Gergia dan lain-lain. Rauk muka mereka yang sedikit kecerian. Aku berkawan semua dengan orang bukan Islam. Ikhlasku perkatakan, sifat mereka lebih rajin, bersungguh-sungguh, jaga ketika berbicara melebihi orang Islam sendiri. Padahal kita semua ketahuai bahawa Islam dah ajar lama dah semua sifat yang baik. Kenapa kita tidak amalkan? Tidakkah malu kita pada mereka. Seorang kawanku dari Korea, rajin yang melampaui. Di mana dia berada mesti dia bersama buku. Belajar dan terus belajar. Ketika berbicara mereka sangat menghormati orang lain. Wahai manusia yang bergelar muslim, kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya kita ini kuat, gagah, tapi kita yang lemahkan diri kita. Tidakkah begitu? Sama-sama kita muhasabah diri. Berbetulkan diri yang semakin terhanyut sebelum dibawa pergi untuk selama-lamanya.


Yg pakai cermin mata tu yg handal
perkelahan ini
Kecerian semakin dicoretkan oleh seorang senior. Dia berbangsa arab kot. Maaflah kalau salah. Aku sendiri secara sepenuhnya banyak lagi tidak memahami kata-kata mereka. Yang lainnya banyak menggunakn bahasa Inggeris. Haha! Telah terbukti yang aku ini masil jahil. Ya Allah, permudahkan segala perbelajaranku. Aku tahu, inilah saat yang baik untuk mempraktikkan pengunaan bahasa. Yang salah tu boleh diperbaiki. Yang malu tu perlu diubati sebab apa ramai orang yang tidak dapat belajar disebabkan malu. Aku pernah dengar kata-kata Abang Ikhwan, "Imam As-Syafie' pernah mengatakan tiga jenis manusia yangt tidak dapat belajar iaitu malu yang melampaui, taa'sub, sombong". Itulah pesanan abang Ikhwan kepadaku ketika dalam perjalanan ke suatu denstinasi. Aku tidak ingat dah. Sudah lama. Setelah sampai di sana, aku membawa apa yang sepatutnya. Yang lain bawa tikar, makanan, minuman, dan lain-lain. Aku tidak sangka jadi camni. Sepatutnya aku membuat tugasan yang dikehendaki oleh Dr. Badar. Esok tarikhnya. Perancangan Allah adalah segalanya. Mungkin Allah nak beri aku pengalaman. Itulah aku fikirkan.

Jam menunjukkan telah masuknya waktu Zohor bagi negara Kuwait. Aku, Ahmad (orang Brunai) dan Ricky (orang Indonesia) berjalan-jalan di tepian pantai sambil mencari-cari tempat solat. 30 minit berlalu, kami tak nampak pun dimanakah masjid. Aku menggunakan pendengaran ini untuk mengesan dimanakan bunyi suara azan. Aku menambahi langkah untuk menuju ke sana. Jarak 700 meter dari tempat berkelah, betul-betul meletihkan kami. Setelah sampai kat Masjid. Aduhai! Air pula yang tak ada. Pastu, aku bertanya kepada seorang yang berada dalam masjid tentang tempat wuduk. Dia cakap pergi ambik kat tempat wuduk wanita. Ish! Dugaan betul. "Ahmad, camne? Nak pergi ambik tak."tanya aku. " Wa Allahi, ana la astati'(Demi Allah aku tak nak)" balas Ahmad. Aku paksa dia suruh ambik, tapi dia tetap berkeras. Aku akur. Kembalilah aku ke tempat berkelah. Uh! Ada orang sedang solat la. Aku pun cepat-cepat pegi ambik wuduk. Satu kekurangan di sini. Paip air mana ada. Memang tidak wujud pun. Aku nampak ada orang sedang berwuduk di tempat minuman. Di situ hanya untuk minum. Haha! Perlukah aku kisah tentang itu?. Aku pun berwuduk dengan air tu. Paling seksa sekali ketika nak basuh kaki. Aku terpaksa angkat kaki setinggi mungkin. Huh! Selesai juga.


Kambing!
Makan dlm dulang
Bergegaslahku ke tempat solat. Aku lihat kawan-kawan yang bukan Islam duduk berbual dengan suara yang diibaratkan berbisik. Adalah bunyi-bunyi sikit. Mereka menghormati kami. Aku terus solat Zohor. Aku rasai inilah uslub dakwah yang baik. Ajak orang bukan Islam bersama dalam program seperti ini. Secara tidak langsung mereka menilai. Islam yang mementingkan disiplin, ukhwwah, kasih sayang, hormat menghormati, patuh kepada tuhan dan sebagainya. Islam ini sungguh unik. Gunalah mata hati. Nescaya kamu akan dapat keindahannya yang tersembunyi. Allah. Allah. Begitulah Islam. Setelah solat, kami bersantai-santai berbual. Aku yang hanya mengeluarkan sepatah dua perkataan kerana tidak tahu nak bercakap tentang apa. Aku hanya memerhati apa yang dicakapkan. Sehinggalah datang Rahmatullah bersama makanan tengah hari. SubhanaAllah. Kambing seekor dimakan oleh 20 orang. Berdulangkan empat. Yang kau paling tertarik ialah ketika makan. Boleh kata, aku seorang ke yang makan dengan baik. Menggunakan tangan kanan yang mana di sarankan dalam As-sunnah. Aku mahu jadi pengikut Rasulullah. Semoga aku dapat istiqomah dalam mengikuti sunnah nabi. Insya Allah. Semua yang makan bersamaku menggunakan sudu. Tidak pandai nak makan menggunakan tangan. Aku rasa aku yang paling nikmat makan kambing. Kekkok (lughah kelantan) aku perhatikan gelagak diaorang. Haha! Inilah cara hidup Islam. Ikut Al-Quran. Ikut As-sunnah.

Setelah itu, masing-masing menyelesaikan tugasan masing-masing. Ada yang terus pergi ke pantai. Gelagak manusia yang pelbagai menunjukkan Allah itu Maha Kuasa. Ada yang nakal. Ada yang senyap. Ada yang bising. Ikatan ukwwah kami senantiasa erat. Muslim berbuat baik kepada orang bukan Islam. Ini menunjukkan bahawasanya Islam ini penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati, berbuat baik. Aku berharap sangat agar Allah membukan hati-hati mereka untuk menerima Islam. Aku bersyukur kepada Allah kerana memilih aku dalam keluarga Islam. Lahir dalam keadaan Islam. Hidup dalam suasana Islam. Moga-moga kematianku berakhir dengan Islam. Ameen. Mereka yang tidak bernasib baik, lahir dengan keluarga bukan Islam. Itulah bukan kehendak seseorang untuk memilih keluarga, tp ketetapan yang ditelah ditulis di Luh Mahfuz. Semuanya rahsia Allah. Wahai saudaraku yang telah diberikan nikmat Islam dan Iman, bersyukurlah kamu. Bersamaku seorang yang berbangsa Korea. Ada ada cakap yang dia tertarik kepada Islam. Aku pernah bertanya, "aku agama ap? (dalam Inggeris masa ckp dgn dia). Dia pun cakap yang dia tidak ada agama. Sudah kita maklum bahawa kebanyakkan orang korea tidak ada agama. Pastu, aku tanya, "Kamu percaya tak Allah itu tuhan". Dia pun cakap,"Percaya". Dalam hatiku sangat berharap suatu hari nanti dia akan melafazkan 2 kalimah syahadah yang mulia. SubhanaAllah. Hidayah itu milik Allah.




Orang arab bergurau.. Tolok kawan
ke dalam laut.
Nak balik daaaa...
Setelah selesai aktiviti kami. Ada yang mandi. Ada yang bergambar. Ada yang merenung ciptaanNya yang penuh dengan rahsia. Ada yang bergurau arab iaitu dengan mencampak orang lain ke dalam laut. Semua dalam keadaan ceria. Semuanya beransur-ansur mendekati bas. Aku berterima kasih sangat kepada yang sudi mengemas temapt berkelah. hihi. Aku yang penuh dengan masalah. Kerja rumah tidak siap lagi. Yang itu tidak selesai lagi. Yang ini belum selesai lagi. Aduih. Apa pun Allah telah berikanku pengalaman yang tidak orang lain dapat. Aku sebenarnya tidak mahu menulis tentang cerita ini. Tapi, aku merasakan perlu untuk berkongsi. Semuanya ketetapan Allah. Perjalanan pulang kami ke Universiti dengan perasaan gembira. Aku melihat bangunan-bangunan yang gagah berdiri. Sungguh bertuah bumi Kuwait. Aku berharap warga Kwait tidak lalai dengan pemberian Allah yang melimpah ruah ini. Sesungghnya kita akan kembali kepada Allah dengan Amalan yang telah kita buat. Harta. Anak. Isteri. Semua perkara yang miliki akan ditinggalkan di dunia ini. Kepada Allah lah kita kembali. Begitulah ceritanya. Maafkanku jikalau entri ini tidak menarik. Sekadar perkongsian.


Nilah kami... byk lg .. tp dh bersiap nk balik..

#Semoga Terhibur#

No comments:

Post a Comment