Tuesday 16 October 2012

Cerita Sebalik SPM 2011 (2)


Aku persembahkan cerita ini.. Semoga bermamfaat!
Pada permulaan tahunnya, hatiku ternanti untuk menerima 'result' SMU aku. Aku tidak tahu setara mana keputusan aku itu. Yang penting sekali, aku tahu yang aku dah buat yang terbaik. Aku nak kongsi sikit rentang SMU sebelum aku bercerita tentang SPM aku. Semasa exam SMU aku hanya tdur 3 & 4 jam sahaja pada sebelah malam semata-mata nak hafaz. Seperti yang aku pernah beritahu yang aku tidaklah seperti orang lain. Aku kurang pikat dalam hafazan. Aku cuma mempunyai kerajinan. Kalau aku tidak usaha, 'comfirm' aku fail. Memang tradisi sekolah aku, nak dekat exam baru nak hafaz, baru nak usaha, baru nak belajar. Kalau nak ikutkan aku lah, aku nak hafaz lebih awal semua subjek exam. Peluang tidak menyelebihi aku. Time exam baru ustaz nak bagi. Apakan nasib aku, aku terpaksa mengikut apa yang ada masa itu. Dalam hatiku kuat mengatakan bahawa aku dapat "jayyid jiddan". Kalau nak ikutkan aku, aku berharap sangat aku dapat "mumtaz". Tapi, apapun aku syukur apa yang aku dapat. Aku juga terkejut yang sekolah aku terbaik SMU 2010 dalam Yayasan Islam Kelantan. Tahniah aku ucapkan!

Perasaan aku selepas aku dapat result SMU itu, entah! Aku tidak tahu nak cakap apa. Dengki kat kawan aku, 'mybe' ada kot. Biarlah yang lepas itu, berlalu dimakan masa. Aku tidak malas nak mengukit, bukan aku boleh buat apa pun. "forget it". Aku mulakan azam baru. Bulan Januari dan Februari, mungkin aku pernah berkata-kata dalam hatiku ketika itu, terasa marah, terasa geram, tidak berpuas hati dengan pembelajaran di sekolah. Segalanya terserah kepada pelajar. Kalau nak pandai, belajar. Kalau tak nak pandai, tidur. Itulah istilah yang digunakan. Aku sedih sangat. Aku bukanlah pelajar yang dikatakan cukup bijak, aku bukanlah pelajar yang genuis, tapi aku tahu siapa diriku. Aku hanyalah seorang pelajar yang pebuh dengan kedhoifan. Ketika ini, kelas tambahan tidak bermula lagi. Aku tidak bimbang untuk subjek akademik yang lain seperti sains, matematik, ekonomi, dan lain-lain. Tapi sangatku bimbang ialah subjek bahasa. Contoh, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan tidak lupa untuk Bahasa Melayu. Ingat mudahkah untuk kuasai bahasa dalam satu tahun? .. Eh! tidak sampai satu tahun pun. 7 bulan berbaki, setelah 4 tahun meninggalkan bahasa. Sungguh! Ketika ini aku sungguh tertekan.

Masa berjalan dengan sendirinya, tanpa disuruhpun. Aku hanya manusia biasa yang tidak mahu berbuat apa. Mustahil untukku untuk menyekat masa. Bulan 3 menjelang, ketika inilah Program Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Syukri. Bermulanya saat itu, aku barukan segala perancangan. Aku berkata pada diriku, "Kalau begini keadaannya. aku tidak boleh duk diam, aku mesti usaha. Usaha! tidak perlu tunggu orang lain, tidak perlu bergantung pada orang lain! kalau ada apa-apa masalah aku tanye cikgu atau ustaz.. Hafiz! Mung tidak lemah.. Engkau seperti yang lain.. Cuma, ketahuailah Allah sedang mengujimu. Bersabarlah. mungkin ada hikmah sebalik ini". Itulah kata-kata yang seringku ulangi. Setiap masa ku ulangi. Aku tahu aku tidak lemah. Aku boleh!

Bulan seterusnya, barulah ku lihat guru-guru mengambil berat tentang kami. Itupun tidak semua. Bagiku, aku sudah memahami segalanya tentang keadaan sekolahku. Aku tidak perlu bersedih kerana kesedihan itu tidak bermakna untukku. Pada ketika inilah, baruku jumpa guru luar yang bersedia untuk mendidik kami semua. Iaitu, cikgu Zamri (Ekonomi), Cikgu Hamidah (Sains), Cikgu Hamidah (Sejarah), Bahasa Inggeris 1 (Madam Rohani), Bahasa Inggeris 2 (Madam Ilani). Sungguhku terharu pergorbanan mereka. Aku sungguh berterima kasih kepada Madam Ilani. Banyak cerita yang terhasil bersamanya. Sungguh Indah. Dengan ini, tidaklah aku mengetepikan guru-guruku di sekolah, aku berterima kasih atas usaha mereka dalam mendidikku. Sesungguhnya aku tidak dapat membalas segala ilmu yang dicurahkan. Hanyaku mampu ialah mengirimkan satu doa mengharapkan guru-guruku bahagia dunia dan akhirat. 

Inilah almari di kelas..
Bermulanya bulan empat, aku mula berjinak-jinak untuk tidur di kelas. Tidak selalu. Mungkin tiga hari seminggu. Berbantalkan lengan. Secara jujurnya, sungguh sakit seluruh badan kerana cara tidur yang tidak baik. Nak buat camne. Demi perjuangan, aku rela. Mungkin Allah berikan daku sedikit idea. Bagaimana hendak letakkan barang-barangku? Bilikku dengan kelas lebih kurang 600 meter. Jauh. Letih juga kalau nak mandi, nak minum, nak makan, semuanya memerlukan tenaga. Allah permudahkan urusanku. Aku jadikan papan kenyataan sebagai almariku. Baju-baju sekolah. Baju bermain. Baju solat. Tuala. Semuanya ku letak disana. Segalanya adalah untuk permudahkan urusanku. Alhmadulillah.

Ketika ini juga, aku membeli segala keperluan yang diperlukan. Pemanas air. Tikar. Sejadah. Apa yang menariknya, guru-guruku tidak pernah perasan akan segala perancanganku. Allah itu Maha Kuasa. Dialah mengatur segalanya. Aku tidak pernah brigak (tersempat) dengan ustaz-ustaz. Semuanya berjalan selama 7 bulan. Sedikit cerita yang ku ingin kongsikan ialah. Pada suatu hari, aku letak elok-elok dah kain tuala. Tapi ketika cikgu sedang mengajar. Tiba-tiba kain tuala di belakang papan kenyataan hampir jatuh. Aku terkejut. Sekiranya cikgu nampak. Hancur segala perancanganku. Hatiku terus berdoa. Sehinggakan aku tidak dapat fokus semasa pembelajaran tersebut. Mana mungkin aku dapat fokus. Mindaku memberi isyarat "Warning".
Segalanya berjalan dengan baik. Itulah perancangan Allah. Alhamdulillah.

Inilah jadualku.. 
Segala pembelajaranku aku bentuk dengan jadual yang dibuat sendiri. Aku gandakan usaha. Selagi aku tidak letih, aku terus belajar, ulangkaji tanpa henti. Bermula pagi berakhir dengan malam. Setiap detik ku belajar. Sehinggakan ku lupa tentang makanan. Tenagaku hanya berbekalkan air masak. Yuran asrama RM250. Tapi aku merasakan aku hanya guna RM50 sahaja. Semua itu ku korbankan demi perjuangan SPM. Aku tidak mahu kecewa untuk kali kedua. Aku tak nak kecewakan ummi dan abah. Aku sedar yang aku bukan seperti orang lain. Aku usaha lebih. Aku abaikan segala permainan. Sungguh! Sehinggakan aku kadang-kadang fade-up. Inilah kelemahannya. ketika ku terasa fade-up. Aku mencari sahabat yang dapat menasihatiku. Tapi kebanyakkannya mengatakan "oloh pih, mung hebat doh, rajin doo'h, kalau boleh luangkan masa. Relax jap. Main-main bola ko". Itulah jawapannya. Aku terimanya. Aku menetapkan masa lepas asar. Aku berlatih silat sikit-sikit. Lompat-lompat. senaman sedikit. Yer! Ada kesannya.

Aku ingin kongsikan sedikit cerita tentang perjalanan seharianku sepanjang hari untuk menghampiri SPM. Yeah! SPM itu menakutkan. Haha!.. Bermulanya pagi, aku bangun dari lenaku di kelas yang beralaskan tikar sahaja. Jam 4.30 pagi. Masa itulah seringku bangun dari tidur. Aku persiapkan segala keperluan unutk mengadap penciptaku, Allah Taala. dot... dot.... Lepas itu, aku buatkan diriku kopi Radix. Aku tidak boleh berpisah dengan kopi itu, aku dah cek kandungannya. Lebih baik daripada nescafe. Allah berikan sedikit kekuatan dengan kpi tersebut. Aku campurkan kopi tersebut dengan madu. Boleh kata, itulah sarapanku setiap hari. Bagiku buang masa kalau pegi ke kantin. Setelah solat suboh, aku bergilir antara baca Quran dengan Study. Kalau aku mengatuk aku baca Al-Quran. Kalau tidak, aku baca Buku. Setelah itu, perjalanan hari dengan belajar sampai Zohor. Eh! Tidak lupa bagiku untuk Solat Dhuha. Banyak kelebihan solat Dhuha. Aku tidak nafikan. Semuanya penuh dengan rahmat-Nya. Setelah habis zohor, aku terus ke kantin dan sesudah itu kekelas. Belajar dan terus belajar. Kadang-kadang, aku rehat sebentar. Sampailah 30 minit sebelum asar, aku hamparkan tikar ditempat biasa. Aku mesti tidur. Kalau tidak, mestiku letih pada waktu malam. Selepas solat asar, aku belajar dulu untuk 30 minit di kelas. Setelah itulah aku, bersenam-senam dan beriadah. Tidaklah lama sangat, dalam 30 nimit sahaja. Aku terus mandi di tamdas kelas kerana semua pakaianku sudah berada di kelas.  Jikalau aku tidak bermain, mesti waktu itu aku sedang belajar. Selepas maghrib, aku ku murajaah  Al-Quran. Itu adalh tanggungjwab yang mesti ku lunaskan setiap hari. Sesudah isya', Aku terus ke kelas. Belajar dan terus belajar sehingga jam berdetik 12.30 malam. Ish! Jangan bayangkan aku belajar terus. Ketika belajar, aku ada juga berbual-bual. Bersantai untuk melepaskan tekanan. Mungkin ada yang tidak tahu, apakah rahsia yang membuatkan aku dapat bangun awal. Satu je, sebelum tidur akan ku minum air masak 1.5 liter. Apa yang akn terjadi. Masing-masing tahu jawapanya.


Inilah aku! :)
Ermm... Aku menasihati anda. Janganlah tiruku daku dalam bab tidur di kelas. Membahayakan kesihatan. Semasa aku menjalani Peperiksaan Percubaan SPM. Aku demam teruk. Seolah-olah dah nak mati. Sakit dada sangat. Ummi aku terkejut setelah aku ceritakan perjuanganku utk SPM. Ummi marah kat aku. Aku terus diam. Memang salah aku. Semenjak hari itu, aku tidur di bilik semula. Tapi jiwaku tidak dapat dapat menerima. Aku selesa di kelas lagi. Apa pun aku tahan. Sampailah exam SPM. 

#Inilah ceritaku. Ap yang baik silalah ambik. Ap yg buruk, Buang jauh2#

#SPM 2011# 

2 comments:

  1. pekongsian yg menyentuh hati...mengingatkan ak dgn suasana semasa disekolah dulu apabila nak ambil spm....jemputlah ke blog aku www.rijallullah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm... syukran.. sama2 kita mempertingkatkn diri... insya Allah ana akn selalu melawat blog enta..

      Delete