Saturday, 19 March 2016

Mengkritik Biar Berbatas

Ketika mengkritik, ia sangat perlukan adab. Adab kita sesama manusia. Mengkritik dengan niat menjatuhkan seseorang adalah kesalahan yang besar, sehinggakan membutakan mata segala usaha dan jasa. Manusia mana yang tidak berbuat salah? Manusia mana yang sempurna?

Berkritiklah dengan adil dan ehsan. Walaupun kita ingin membetulkan kekurangan yang ada, betulkan dengan cara yang betul. Sangat salah jika hanya kritik kerana benci kerana apa yang kita akan nampak semua hanyalah salah walaupun dia nya berada pada posisi yang betul. 

Sesama kita baiki kekurangan, amar maaruf dan nahi mungkar dengan hikmahnya. Tidak rugi, malah anda beruntung!

@MNH 260216

Cara Bermuamalat dengan Kanak-kanak

Saya secara personal, walaupun telah belajar banyak kali bersama kanak-kanak, saya berharap dapat kenal lebih mendalam kehidupan mereka. Layanlah kanak-kanak dengan kasih sayang. Jika hadiah ada 5 pack, kanak-kanak ada 6 orang, lebih baik tidak bagi terus daripada diberi. Kanak-kanak, mereka mahu layanan sama rata. Jangan lebihkan satu daripada yang lain walaupun kecenderungan itu ada.Kanak-kanak, mereka masih fitrah belajar. Belajar daripada kehidupan dengan memandang sekeliling dan suasana. Jika mereka salah, maka salahnya akan terbawa hingga ke tua (jika tidak diubah). Kanak-kanak, mereka perlukan ketegasan dalam mendidik, berlembut dalam menegur. Bukan hanya marah menjadi alat mendidik malah bercakap secara personal dengan baik lebih memberi kesan (dengan atas situasi). Saya sayangkan kanak-kanak, mereka adalah saya masa lalu. Zaman dah berubah. Ibu bapa dah berubah. Lahirlah generasi berubah-ubah yang kian pelik betul-betul menyedihkan saya. - Super Muslim Camp @MNH 270216

Super Muslim Camp 2016

Antara aktiviti tahunan PPMRiyadh ialah program untuk adik-adik warga Riyadh. Kelmarin, kami baru sahaja menjayakan program ini. Alhamdulillah. 

Bagiku, agak sukar untuk berkata-kata apatah lagi mensyarahkan sesuatu topik dengan tahap pemikiran kanak-kanak. Pengalaman yang agak berharga walaupun kekurangan lebih ketara. Menulis lebih senang daripada bercakap. 

Terima kasih warga Riyadh kerana memberikan kami satu sokongan dalam menjayakan program ini. 

Selma, Asma, Wardina, Nurin, Insyirah, dan Alisya. Terima kasih semua. Antunna memberikan satu kerjasama yang baik. English korang mmg power. Memang mencabar melihat kanak-kanak yang hanya dapat bercakap english. 

@MNH 270216


Rehlah Jordan 2016 - Petra

Sebalik gambar ini sememangnya ada kisah, kami diuji dengan penjejasan bajet belanjawan. Bayangkan sepatutnya kami berbajet 1 JD utk masuk, ianya menjadi 50 JD seorang.

Peraturan baru di Petra. Bagi yang berkumpulan yang lebih drpd 4 individu wajib dikenakan 1 guider dengan bayaran 50 JD. Disebabkan kami sudah dikenakan 50 JD utk tiket, kami cuba berjimat utk tidak menggunakan guider. Kami berpecah 3 kumpulan. 3-3-2. 

Malangnya, mereka lebih awal menghidu perancangan kami. Group 3 orang pertama shj yang berjaya. Mereka tahu jumlah kami. Mereka tahu kereta kami. 

Sampai pun dah sampai. Terpaksa kami menelan air liur apa yang terjadi. Setiap orang terpaksa membayar 56 JD seorang. Pengalaman yang tidak terduga. 

.............................

P/s : Bagi orang luar, bukan student Jordan. Jgn sekali-kali guna kad student utk masa skrg. Mereka lebih cerdik sekarang. Ada dah yang cuba buat, ramai juga yang kantoi. Jika ingin mencuba, silakan.

Kami dimaklumkan, jika kantoi menipu. Balai polis jwbnya. Utk selesaikan masalah, kedutaan Malaysia kene ambil campur. Baik jangan ambik risiko. Kalau nak try pengalaman dalam jail. Try lah...

@MNH 150316


Friday, 11 March 2016

Lawatan ke Islam House, Riyadh

https://islamhouse.com

Tertera laman web di atas adalah satu kerja dakwah yang diusahakan oleh orang Arab dalam mengetengahkan Islam dalam dunia. Hampir 150 bahasa yang terjemahkan dalam pelbagai cabang Ilmu. Hampir 45 juta view setiap coretan yang diterjemahkan atau dihasilkan (mungkin bertambah). Banyak terjemahan dan buku berbentuk PDF disebarkan free dalam web tersebut. 

Banyak lagi perkongsian yang ingin dinukilkan. Namun, ia tetap tidak sama melihat dengan mendengar dengan telinga. Saya kagum dengan orang Arab tentang usaha mereka. Dakwah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam. Pekerja dalam Islam House hampir 150 lebih dalam semua bangsa demi menyebarkan khazanah Ilmu.

Sahabat-sahabat, apakah usaha kita demi meninggikan kalimah لا اله إلا الله ? Adakah kita hanya berdiam diri, membuta mata, menutup telinga? Orang lain mengejar syurga tertinggi, kita mahu lihat sahaja?
Ketahuilah, kebanyakan orang Arab tidak tahu pun mereka digelar "Wahabi" yang dikatakan sesat oleh orang luar, bahkan mereka tidak ambil tahu perkara itu. Tohmahan itu yang tidak benar. Bagi mereka itu perkara lebih kecil berbanding dakwah mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.

Sahabat-sahabat, cukuplah menikam, mencerca, mencaci, mengumpat. Wallahi! Anda cuba memufliskan diri di hadapan Allah. Ramai bercakap guna nafsu. Kata orang Arab "آفة الري الهواء". Belajarlah drpd sumber sahih. InsyaAllah anda akan jumpa apa itu hak dan apa itu batil.

..............................

Nasihat itu utk engkau dan aku. Salam sayang utk semua.

@MNH 270216

Thursday, 10 March 2016

Menyibukkan Diri Perkara Tidak Perlu

Berikut adalah rintangan yang sering ditimpa oleh kebanyakan penuntut Ilmu. Syaitan menjadikan ia satu wasilah untuk mengelakkan manusia daripada menambah ilmu. Berapa ramai saudara kita cinta selain ilmu. Mereka lebih menyibukkan perkara yang tidak memberi mamfaat kepada diri sendiri sehingga mengagalkan diri daripada halaqoh-halaqoh ilmu. Perkara ini menjadi satu kebiasaan dalam hidup.

Inilah menjadi satu musibah seorang penuntut ilmu. Berlalunya sehingga mereka kembali kepada masyarakat dengan tiada apa. Dikongsi ilmu kepada masyarakat dengan hawa nafsu. Sesat dan menyesatkan. Mereka menyangka mereka berada dalam posisi yang benar. 

Sahabat-sahabat, berinternet tidak salah, berniaga tidak salah, bermovie tidak salah, bersukan tidak salah. Namun, perkara ini jika tidak terkawal sehingga mengabaikan majlis-majlis ilmu, tidak murajaah madah dan lain-lain. Betapa ruginya hidup ini. Berapa ramai yang berlalu masa, lalu menyesal apa yang lalu. Perkara ini diwarisi sejak berzaman. 

Beruntung bagi orang asing. 

Bukalah matamu, rancanglah waktumu, bersibuklah dengan ilmu. Dikatakan kepada yang manfaatkan masa :

ومـــن لم يجــــرب ليس يعــــرف  🎶🎶  فجـــرب تجـــد تصديق ما قد ذكـــرناه

"Sesiapa yang tidak mencuba, dia tidak tahu, maka cubalah, kamu akan membenarkan apa yang telah kami ingatkan".

............................

Coretan yang diolah drpd "معــــلم في طـــريق طلب العـــلم" 

Untukmu dan aku jua. Sama-sama bermuhasabah.

@MNH 040216

Orang Senyap VS Bising

Berdasarkan pemerhatian, biasanya orang yang senyap dalam segala perbuatan dia, hasilnya selalunya gempak dan hebat. Manakala, orang yang selalu bising-bising tentang usaha dia, biasanya semangat hanyalah beberapa detik sahaja. Yang tinggal hanya air liur kekeringan.
Kawan saya, seorang yang senyap dan tawadduk, tidak menunjuk-nunjuk lagi mewar-warkan kepada umum. Namun, keluar satu buku drpd dia, terhasil sebuah terjemahan buku dan lain-lain. Ada juga yang senyap, tiba-tiba dah kahwin. Huhu.
Insan lain pula, menunjuk-nunjuk ke kelas daurah yang dihadiri, namun sekali dua shj yang pergi, yang lain ke laut. Ada juga yang duk kecoh nak kahwin, umur 35 tak kahwin lagi. Ada juga, cakap ja lebih, kerja hampeh.
....................
Semoga kita semua tergolong yang senyap-senyap. InsyaAllah, dengan usaha secara istiqomah dan bertawakal serta berdoa, natijah yang berjaya dunia akhirat. Tiada guna bising tapi tidak lebih drpd tin kosong yang mana hanya keluar bunyi tapi tidak bermanfaat kepada masyarakat.
P/s : Tidak salah bising, tp dengan syarat "cakap = usaha". Namun, lebih baik senyap kerana itu lebih menjaga niat dan hadaf seseorang.
@MNH 080316