Monday, 21 March 2016

Peluang dan Nikmat Hanya Sekali

Bagai buah pisang tidak akan berbuah kali. Bagai nasi telah menjadi bubur. Pepatah arab pula "الصيف ضعيت اللبن". Yang bermaksud "Pada musim panas, kamu hilangkan susu itu".

Diceritakan kepada saya, sebalik kata-kata arab ini, ada satu cerita yang saya ingin berkongsi dengan kalian. Seorang gadis yang cantik, awal usianya telah berkahwin dengan seorang arab yang tua tetapi kaya. Orang tua itu mempunyai harta yang banyak termasuk haiwan peliharaan. Setiap hari, si gadis itu minum susu dan berasa puas hati dengannya. Namun, dia tidak menyukai lelaki tua itu. Lalu, masa kian berlalu si gadis meminta cerai. Lelaki tua itu akur dengan si gadis lalu bercerai.

Masa berlalu, si gadis berkahwin dengan pemuda yang awal usia, tetapi miskin. Hari-hari kehidupan si gadis menjadi susah dan lelah, makanan tidak cukup. Pada suatu hari, si gadis mencari sesuatu untuk diminum, tiba-tiba dia ternampak lelaki tua, bekas suaminya dahulu sedang bersama dengan haiwan ternakan. Si gadis pun meminta susu untuk diminum. Berkata lelaki tua "الصيف ضيعت اللبن". Menyesal sudah si gadis tersebut.

.......................................

Sahabat-sahabat, begitulah kita, jika mengsia-siakan peluang yang ada sekarang. Masa yang banyak, peluang pengajian banyak, kemudahan banyak, namun jika tidak bersyukur. Ketahuilah, anda akan menyesal dan menyesal kemudian hari.

Itulah kata-kata yang sering kita dengar daripada orang lebih tua daripada kita. Jangan biarkan kata-kata ini tertutur di Padang Masyar nanti.
  

@MNH 190216, Riyadh.

No comments:

Post a Comment