Sunday 20 March 2016

Kisah Kami dan Jordan

Pertama kali kaki menjejak di bumi ini, ianya amat berbeza dengan apa yang di Saudi. Cuaca, manusia, suasana, bumi hijaunya dan lain-lain. Katanya orang Jordan "Kalau kau datang musim sejuk, kau akan nampak salji keputihan. Kalau kau datang musim panas, kau akan nampak tanah kecoklatan. Kalau datang sekarang, engkau nampak seperti sekarang, kehijauan."

Rehlah ini adalah rehlah pertama antarabangsa yang PPMRiyadh berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada AJK pelaksana walaupun ada yang tidak kesempatan untuk bersama. Pengarah, Anwar Fakhri Ibrahim dan lain-lain.

Hari pertama hinggalah ke saat akhir kami kembali ke bumi Riyadh, kami menikmati rehlah ini dengan jayanya. Ada sedikit cubaan, namun kami diganti 10 kali kesenangan. Bajet kami tidak lebih daripada perancangan dan ada lebihan pula. Rugilah bagi yang tidak sertai kami!

Hari pertama (Jumaat), kami diuji dengan tidak diberi kebenaran naik bas kerana tidak ada visa sedangkan rakyat Malaysia tidak perlu visa utk masuk Jordan. Akhir sekali, kami berkata kepada driver, "kau bawa kami dulu di hudud (sempadan), kalau kami kene halang, kau tinggalkan kami". Akhirnya dia bersetuju. Mengikut keadaan, kami pun terasa berdebar atas risiko yang kami ambil. Namun, kerosakan bas selama 3 jam dan diganti dengan bas lain ini pula ada hikmahnya. Driver bas berganti orang lain. 

Hari kedua (Sabtu), kami sampai di sempadan Saudi - Jordan, kami tiada masalah. Namun apabila masuk sempadan Jordan - Saudi, kami terpaksa berurusan dengan polis dengan agak lama. Kami tunjuk surat pelepasan visa. Kami terangkan tujuan kami hanya untuk ziarah. Alhamdulillah, driver kami sanggup tunggu hinggalah ke akhir. Semua barang kami tiada masalah dan kami dibenarkan meneruskan perjalanan. Jam 10.00 pagi, kami sampai di Hentian Bas, Amman. Kami mula berpecah dua kumpulan, satu urusan kereta sewa dan satu lagi berada di hentian bas. Kami hadapi masalah untuk menyewa kereta dan kami terpaksa hubungi pelajar Jordan untuk selesai. Akhirnya, kami dibenarkan dan kami dahulukan bayaran sebanyak 200 JD dan beberapa syarat dikenakan. Perancangan kami adalah bermalam di Mu'tah. Dalam perjalanan, kami singgah di laut mati. Ambil iktibar atas apa yang berlaku pada umat-umat terdahulu. Waktu Isya', kami sampai dan terus ke rumah sahabat kami. Mereka menawarkan kunjungan kami ke rumah mereka. Alhamdulillah.

Hari ketiga (Ahad), kami terus ke Petra. Di sinilah kami teruji, seperti status saya sebelum ini. Sebelum kami bertolak, kami dah berbincang untuk membayar 50 JD setelah mendapat makluman tentang risiko sekiranya kami terkantoi. Namun, untuk guider kami cuba cari helah, akhirnya terkantoi juga. Kami tahu, apa yang terjadi ada hikmahnya. Sepanjang kami di dalam Petra, kami cuba untuk pergi setiap check-point. Alhamdulillah, kami berpuas hati. Dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Malamnya, kami bermalam di Mu'tah sekali lagi di rumah sahabat kami yang lain pula. Layanan yang first-class menyebabkan kami amat-amat berterima kasih tidak terhingga.

Hari keempat (Isnin), kami ziarah tempat-tempat menarik di Mu'tah. Antaranya, maqam 3 Panglima Islam yang syahid dalam peperangan Mu'tah, tugu peperangan Mu'tah, dan Universiti Mu'tah. Kami terus perjalanan ke Amman dan singgah di Ashabul Kahfi. Kami ambil kitab yang dikirim oleh YDP kami dan terus ke Irbid. Sukar digambarkan, bumi Jordan ketika ini sememangnya cantik. Hijau di mana-mana. Malam itu, kami bermalam di rumah sahabat-sahabat kami.

Hari kelima (Selasa), kami cuba penuhi jadual kami. Kami bergegas ke tempat bernama Umm Qois yang mana terdapat di sana Bukit Golan dan Tasik Tigris (Tobari) dalam Israel. Bukit bakau kami redahi dalam hujan kerenyaian. Setelah itu, kami teruskan perjalanan ke Mafraq dan kami nampak banyak tempat cantik. Teringin berhenti untuk bergambar namun masa agak terhad. Malamnya kami bermalam di Mafraq. Alhamdulillah.

Hari keenam (Rabu), paginya, kami berjalan-jalan di bandar Mafraq dan petangnya kami bergerak ke tempat tujuan asal kami datang ke Jordan. Kem Pelarian Syria. Kami sempat berjumpa dan bertanya khabar. Kami juga banyak mendengar cerita daripada Bro Musa, selaku aktivis sukarelawan Syria di Jordan. Banyak menghisafkan kami. Kami hanya sempat ziarah 2 kem sahaja. Kami serahkan bantuan kepada Bro Musa untuk diagihkan kepada orang-orang Syria. Pada permulaannya kami ingin bermalam di rumah persatuan tetapi kami mendapat tawaran untuk bermalam di rumah sahabat-sahabat kami.

Hari Ketujuh (Khamis), kami bergegas ke Amman untuk menghantar kereta sewaan kami. Alhamdulillah. Tiada apa-apa masalah. Kereta dihantar dengan keadaan baik. Kami berehat secukupnya. Petangnya, kami ada sesi sembang santai bersama pimpinan pelajar Amman. Alhamdulillah, banyak perkongsian yang kami dapat berkongsi. Memandang kami banyak lebihan wang, malamnya kami ke tempat bundle. MasyaAllah, barang murah dan berkualiti. Kami bermalam di rumah persatuan.

Hari Kelapan (Jumaat), kami bergegas ke hentian bas. Bertolak lah kami jam 10.00 pagi dan seharian kami berada di atas bas. Tatkala kami sampai disempadan. Kami dikenakan 10 JD utk masuk ke Saudi. Lebihan dinar masih berbaki kami keluarkan. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah.

Hari Kesembilan (Sabtu), jam 9.30 pagi kami sampai di Riyadh.

...........................................

Itulah sedikit gambaran pengembaraan kami. Rehlah kali ini banyak mengajar kami. Walaupun diuji, kesenangan lebih banyak menanti. Tempat bermalam kami percuma, alas perut kami banyak yang percuma. Sumbangan untuk perjalanan kami pun banyak. Lebihan wang kami pun banyak. Perjalanan berjalan lancar dan banyak lagi nikmat-nikmat Allah kepada kami. Alhamdulillah.

Terima kasih tidak terhingga untuk warga Jordan yang menerima kehadiran kami. Syabas dan tahniah!

@MNH 190316





No comments:

Post a Comment