Sunday 28 October 2012

Perkelahan Raya Eid-Adha IMPEMAS di Kuwait

Aku mempersembahakan cerita ini... Semoga Terhibur!

         Setiap gambar ada ceritanya. Setiap cerita ada kisahnya. Setiap kisah ada memorinya. Kisahku ini adalah perkongsian yang bermakna bagi sesiapa yang mahu mamfaatnya. Cinta. Ukhwwah. Itulah yang ku rasai. Perasaan yang diluahkan yang hanya untuk Penciptaku. Dia adalah segalanya. Dialah yang memberikan kisah ini kepadaku. Aku bersyukur yang tak terhingga. Alhamdulillah. Mentari menyinari hamparan bumi yang telah diselubungi kegelapan malam selama separuh masa. Kini, cahayanya muncul lagi. Aku masih dapat melihatnya. Jikalau takdirku bersama Penciptaku pada malam harinya, mungkin aku tidak dapat melihat sinaran mentari lagi. Terima kasih Ya Rabb kerana memberi daku peluang untuk kali ini. Nikmatmu sungguh luas. Sampaikan tak terkira seperti yang Engkau kurniakan untuk hambamu ini. Islam. Iman. Masa lapang. Kehidupan. Kasih sayang. Aku mengagahkan diriku untuk menunaikan perintahMu. Sungguh agung segala syariatmu. Segalanya adalah untuk memdidik diriku sebagai hambamu. Selepas selesainya segala suruhannya. Fikiranku terfikir juga untuk jogging. Badanku masih sakit urat-uratnya, tapi aku mengagahkan diriku untuk melaksanakannya. Aku mengambil kasutku. Aku buat senaman ringan dan mulakan joggingnya. Sungguh penat sebab sudah lama aku meninggalkannya. Begitulah segala permulaan. Bermula dengan payah. Pasni, Insya Allah.. Segala aktiviti akan mudah. Hidup ini kalau nak cemerlang. Mulakan langkah pertamamu. Nescaya akan terbinanya jalan-jalan untuk mengharunginya.

          Setelah itu, aku bersiap untuk sarapan. Ketika inilah aku berjumpa dengan Din, Anas. K dan abg Ikhwan yang juga bersama-sama untuk makan. Aku tertarik satu perkara. Sifat yang ditunjukkan oleh abg Ikhwan. Din, Anas, dan K pelajar Mahaad Ad-Din. Setiap pelajar yang berada dalam Jamiah ini akan diberikan kupon untuk makan. Aku perhatikan kupon yang digunakan oleh Din, Anas dan K adalah kupon Abg Ikhwan. Sanggup abang Ikhwan memberikan kuponnya untuk tarikh yang akan datang digunakan oleh mereka. Berfikir dihatiku, "Esok, lusa.. Mungkin abg ikhwan dah tak sarapan kat Kantin dah sebab telah digunakn oleh Anas, K, dan Din". Itulah abg Ikhwan yang aku kenal. Banyak perkara yang dikorbankan untuk orang lain. Kalau aku, mungkin diriku berfikran dua kali. Apa pun semoga Allah membalas segalanya dengan RahmatMu. Allah. Allah. Selepas itu, abang Ikhwan ajak aku pergi memancing. Aku mengiakan ajakan. Tapi disebabkan kelambatan yang aku buat, terlepas la. Apa pun semuanya ketentuannya.

Jam 9.00 pagi terdetik di papan jam tanganku. Aku lihat abang Syam dan Cik sedang memasak untuk program kami petang ini. Bilik Cik tepi bilikku. Segala aktiviti ku menjenguknya. Takut-takut ada yang ku dapat tolong. Alhamdulillah. Semua okey. Masa terus berjalan tanpa henti. Waktu asar berkumandang. Aku pun turun ke Musalla utk solat. Waktu asar di kuwait pukul 2.45pm. Setelah selesai segala kewajipan.Aku disapa oleh abang Ikhwan. "Hafiz, cepat cikit deh. Kita nak bertolak dah pasni. Bawak baju sejuk skali sbb tadi nampak nak hujan", pesan abang Ikhwan. "Baiklah, ana pergi tukar pakaian jap, ana akan turun secepat mungkin", balas daku. Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Semalam raya di Embassy, sekarang nak raya di pantai pula. Ketika aku turun tergesa-gesa, ku lihat cuaca mulai hujan. Yeah! Hujan pertama selama aku tinggal di Kuwait. Dalam hatiku, "Camne nak buat program camni, hujan yang kurang lebatnya tp ditambahi dengan angin yang kuat". Aku menuju ke arah Mussolla. Terdapat dalam 10 orang pelajar Malaysia yang terteduh bawah meja berpayung. Malang nasib. Mereka seperti tak berteduh. Tetap basah. "Jom masuk mussolla, kat situ lebih baik", cadang Abg Farhan.

Hujan...
Usrah sementara..
      Tunggu la daku bersama sahabat-sahabat dan abang-abang yang sangat ku kagumi. Perbualan kami rancak dengan pelbagai jenis cerita. Tidak lupa juga unutk aku. Aku hanya dapat menambah-nambah perisa perbualan. Ceria. Keadaan ketika itu melucukan buatku dengan gelagak Cik yang berpura-pura berlakon ketika seorang arab yang datang ke tempat kami. Aku tahu ramai yang tidak sukai dia. Bukan bermaksud untuk benci tapi sifatnya yang selalu menganggu majlis kami. Setiap majlis yang kami buat mesti muncul empunya badan. Hihi. Selepas 30 minit kami menunggu, hujan semakin dan beransur-ansur untuk berhenti. Lepas itu, abang-abang senior ajak kami ke tempat parking kereta. Jumlah kami semua 18 orang. Bayangkan 18 orang ini dimuatkan dalam 2 buah kereta bersama dengan barang berkelah iaitu, khemah, makanan, air, kelengkapan membakar satey.

Nk pergi pantai dah...
           Huh! Kereta abang Ikhwan dimuatkan dengan 8 orang bersama barang-barang. Aku bersama 9 orang lagi naik kereta abang Amin. Pergh! 10 orang naik kereta tu. Semuanya jadi seperti ikan sardin. Haha! Aku tertarik dengan kepakaran abang Amin membawa kereta yang sangat terlebih muatan. Seorang-seorang dalam kereka tu bukan kecik-kecik. Semuanya dah nak jadi ayah orang, tunggu masa je. Haha! Maaf abang-abang senior yang baca ayat tu. Dengan kelajuan 80km/j, sampailah kami di tempat yang dituju. Waa... Ramainya orang. Mojeritinya orang Arab. Cuaca ketika itu baik jugak. Hanya tinggal dalam 20 minit sahaja lagi untuk berkumandang azan Maghrib. Aku terasa lega selepas keluar dari kereta. Kami berjalan ke tempat yang dituju. Masing-masing membawa tugas. Aku hanya membawa kelengkapan memancing.

Solat Maghrib
          Kami bekerjasama untuk menyiapkan temapat berkelah. Disekelilingku semua orang arab. Mereka juga seperti kami. "sape-sape yang tak ambik wuduk, mari sini", panggil abang Syam. Aku mengangkat tangan dan bergegas ke arab abang Syam. Setelah masuknya waktu maghrib. Kami semua solat berjemaah yang berimamkan Shahrul. Sungguh sedap suaranya. Ibaratku berimamkan syiekh Makkah. Dialah ketua untuk persatuan IMPEMAS. Yeah! Inilah kami. Kami dahulukan perintah Pencipta daripada urusan dunia. Solat adalah perintah wajib kepada semua umat Islam. Tidak terkecuali kepada seseorang pun hatta dia sakit. Solat adalah tiang agama kami. Kalau nak berbicara tentang solat terlalu banyak hikmahnya. Allah itu Maha Kaya. Semuanya dalam ilmuNya. Sains. Priskologi. Semuanya ada kaitan dengan solat. Ketika kami solat di atas tikar, ramai orang arab sertai kami. 4 sof yang terhasil. Inilah budaya orang Islam yang kita mahukan. Dahulukan solat daripada segalanya. Sama-sama kita amalkan. Moga-moga Allah merahmati kami. Insya Allah.

Halaqa'.
           Sejurus kemudian, kami buat halaqa'. Bermulalah program kami. Tidak sempurna majlis tanpa ayat-ayat suci Al-Quran. Syahrul sebagai ketua dan pengerusi dalam persatuan menjemput aku untuk memperdengarkan bacaan. "Aduih! Ayat mana aku hendak baca ek.. Tak sempat nak ulang.. Ikutlah yang mana pun asalkan baca", bisik hatiku. Dengan suara yang begitu tidak sedap ini aku memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran. Selepas itu bermula ucapan dari setiap individu. Kesimpulan yang aku boleh simpulkan dari ucapan kami semua. "Ana bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah ini, walaupun banyak dugaan yang kita harungi unutk menjayakan program ini. Tadi hujan, terlebih muatan kereta dan banyak lagi. Ana mengucapkan Selamat Hari Raya Eid Adha maaf Zahir. Batin... Err.. tak kot. Selain tu, ana mntk halal apa yang tersangkut. Hutang?. Minta halal. Tak tak. Insya Allah bayar. Tunggu masa sahaja. bla bla bla... " ucapan kami. Haha! Banyak sangat jenaka ketika ini. Lebih-lebih lagi kehadiran Din yang masih belum sembuh penyakitnya sama-sama meriahkan program ini. Semoga sihat cepat yerr! Insya Allah.

        Sebelum bersurai membuat aktiviti masing-masing, Shahrul memperkenalkan persatuan IMPEMAS ini secara perkenalan. "Impemas ni ialah Impian Emas ataupun Ikatan Muhabbah Pelajar Malaysia Kuwait. Ditubuhkan pada tahun 1998. Presiden tahun ini ialah ana, naib pengerusi ialah abg Amin, setiausaha ialah Cik, bendahari ialah Mad, biro penerangan dan iklan ialah K, biro sukan kesenian dan kebudayaan ialah abg Farhan kita, biro memasak ialah abg Luqman. itulah sedikit sebyk info utk impemas" terang Shahrul. Abang Ikhwan pun bertaya kepada pengerusi, "boleh tak g ngail ni?". Jwab shahrul "silakn." haha! Sebenarnya aktiviti memancing tak ada dalam tentatif program. Aktiviti tu berlaku secara spontan. Lebih-lebih lagi kehadiran peseta persatuan kelab memancing IMPEMAS yang dipengerusikan Abg Ikhwan. Apa lagi sep-sep ni sekelip mata menghilang menuju ke tebing lautan. Ketika ini sep-sep memancing tak ada umpan. Abang Syam dan Abg Luqman menjadi sasaran. Satey!. Itulah umpan kami untuk memancing kali ini. Aku pun termasuk skali dalam sep-sep memancing. Haha!.

Berteduh dengan tikar.. Hujan!
           15 minit berlalu, nasib tidak melebihi kami dan semua orang arab kat situ. Hujan turun dengan lebatnya bersama petir. Semua lari lintang-pukang meninggalkan tempat berkelah kecuali kami. Kami yang hanya berpayungkan tikar melindungi satey-satey yang sedang dibakar. Inilah program kami yang penuh dengan panca dan roba. Pengalaman yang tak akan dilupakan. Berteduhlah kami dibawa tikar untuk 25 minit. Aku terasa nak ketawa pun ada. Tidak sangka program kami jadi camtu. Hujan mulai reda. Aku, abg Ikhwan, dan Shahrul pergi ambil khemah untuk menyenangkan urusan kami. Waa.. besarnya khemah. Hihi.. boleh tidur 7 orang dalam tu, kalau duduk dalam halaqa' mungkin dalam 18 orang muat. Angin ketika itu masih kuat, sedangkan dalam khemah tidak ada orang. Khemah kami melambung sperti bola. Semua orang ketawa. Mad terus mengejar dan melompat atas khemah. Jikalau tiada orang yang kejar khemah itu, aku yakin khemah kami pergi buat selamanya ke dalam luatan. Selepas itu bermula jamuan kami yang dimasak oleh Abang Syam, Cik dan yang lain-lain iaitu nasi kapit, kuah kacang, satey, air pepsi dan jus buah-buahan yang dibeli di suuq Lulu. Selepas menjamu selera. Sep-sep memancing menyambung balik projek mega. Haha! Ramai yang sebelum ini tidak pernah memancing turut terhibur, malah mahu join aktiviti kami. Akulah pertamanya yang dapat ikan. Besar la juga. Alhamdulillah. Selepas itu, aku pergi ke khemah untuk berbual-bual. Lagipun ketika itu joranku rosak. Biarlah, bukan rezekiku. 

Dapat ikan... huhuuu... Alhamdulillah
Bakar Ikan..
         Perancangan yang kami tak rancang pun, terhasil tentatif baru iaitu bakar ikan. Haha! Dalam 8 ekor juga dapat dan 2 ekor ketam tp terlepas. Abang Syam, Abg Amin. Mad dan aku menjadi tukang masak ketika ini. Yang lain ada yang memancing dan ada yang berbual dalam khemah. Ada juga yang mahu ke tandas. Malangnya tandas terlalu jauh. 15 minit perjalanan berjalan kaki. Tapi demi buang air, terpaksa pergi juga. Takkah la kami nak buat air dalam laut. Kalau terjadi begitu, nescaya timbul habis ikan. haha! Gurau-gurau. 20 minit sebelum kami balik, kami berjamu selera ikan bakar yang telah dibakar. Sungguh sedap. Tidak pernah dibuat orang, dapat ikan terus menyiam ikan dan bakar. Pergh! Fresh sangat. Tak percaya try la. Hihi. 20 minit berlalu, kami bersiap-siap untuk pulang. Semua melakukan tugas masing-masing. Kami menuju ke arah tempat parking. Masa balik inilah kami berpecah kepada 3 group. Group pertama naik dengan abang Ikhwan. Group kedua naik dengan abg Amin. Group ketiga naik dengan van Maahad Ad-din. 

            Bersamaku dalam kereta ialah abang Farhan. Hari ini hari lahir Abg Farhan. Cik mulakan lagu. "Allah telah selamatkan kamu, ding ding ding, Allah telah selamatkan kamu.........". Kami semua yang berada dalam kereta turut sama. Sungguh ceria ketika ini. Segala kepenatan aku hilang. Gelak ketawa yang terhasil. Cik buatkan pantun. Abg Farhan balas. Begitu juga yang lain. Sampaikan abg Farhan terharu. Inilah ukhwwah kami. Sungguh mesra walaupun perbezaan umur yang agak ketara. Allah telah satukan hati-hati kami. Alhamdulillah. Abang Farhan cakap nak belanja. Hihi. Jam 10.37 malam, itulah masa aku sampai di University. Dengan perlahan-lahan jasadku menuju ke arah bangunan sakan. Lepas sampai dibilik. Aku persiapkn segala urusanku. Begitulah kisahnya. Menarik? tak menarik? Itulah pengalaman yang tak akan pernah kami lupakan. Sungguh indah. Sesungguhnya ia penuh mutiara yang tidak akan dapat dibandingkan dengan apa yang kami dapat .Terima kasih Ya Rabb.

Jasir..Abg Farhan..Mad..K..Aku..Mukhlis..Udin..Aiman..Abg Luqman
Abg Syam..Ammar..Hakim..Izzat..Cik..Abg Ikhwan.. Anas..Abg Amin.. Shahrul



#Semoga terhibur!#

Friday 26 October 2012

Salam Eid-Adha 1433H / 2012


Ku mempersembahkan cerita ini!
     Petang mulai menghilang sedikit demi sedikit, muncullah saat gembira bagi umat Islam yang berpuasa. Hari ini ialah hari Arafah di mana jamaah haji satu seantero dunia untuk menunaikan satu ibadah yang besar dalam agama Islam. Ibadah ini dilakukan pada satu tempat, satu masa, satu matlamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. Ibadah ini sungguh luar biasa. Agama lain tidak ada ibadah sebegini. Semua muslimin dan muslimat berkumpul di satu tempat yang teramat mulia untuk satu tujuan iaitu Keredhaan Allah Taala. Abang Luqman menelefonku. "Hafidz, nak ikut tak ke suuq, sebelum tu kita pergi berbuka puasa di KFC". Tanpa berfikir sesaat pun, ku terus memberi jawapan, "Beres!, nak ikut". Pada ketika itu, aku belum solat asar kerana terlalu letih tambahan pula aku tak bersaur semalam akibat letih. Mungkin ini nasib ku. Semalam abang ikhwan ada jumpa semua kenalan ke bilik dia untuk saur. Rezeki melimpah ruah. Bayangkan  tidak pernah sekali pun abang Ikhwan bersama geng-gengnya iaitu, aku, mukhlis, k, din. Aku menguzurkan diri pada ketika ini. Aku tidak pergi memancing. Jumlah ikan yang diperolehi 23 ekor. Alhamdulillah. Selepas solat asar, ku terus bergegas ke kereta abang Amin. Mereka bagi masa untuk aku hanya 15 minit. hihi. Aku yang hanya berseluar trek dan berbaju t-shirt berkolar hitam serta berkopiah.

KFC...  erm.... :)
         Ketika dalam perjalanan ke KFC, abang Amin pun tegurku, "Hafiz, smak molek enta hari ni. Tambah lagi pakai kopiah". Aku pun menjawab "bukan tak nak pakai kopiah, kalau ana cabut kopiah ni.. rambut ana seperti orang tak betul sbb baru lepas bangun tidur". Semua orang dalam kereta gelak, lebih-lebih lagi aku. Haha! Mungkin 15 minit sebelum Azan kami sami kat KFC. Kecil je KFC kat cni. Tak sama dengan Malaysia. Aku tahu sebab apa, sebab tanah kat kuwait ini mahal, terhad. Kami penuhi tempat makan yang berkerusi enam. Dalam hatiku ini berkata, "kene bayar sendiri ka?". Pertayaan itu terjawab. Abang Luqman yang belanja. Syukran. Jazaka Allahu khairan Jaza'. Seteleh berbuka yang diselitkan dengan bualan yang melucukan. Aku sangat gembira saat ini. Restoren KFC ini riuh rendah suara kami je. Semua tajuk terkeluar ketika ini, termasuklah tentang nikah. Haha! dah besar dah abang senior aku ini. Tunggu masa je. Setelah itu, kami bergegas ke suuq Lulu. Kami merancang unutk solat di sana untuk memudahkan urusan kami. Kami ke suuq Lulu adalah untuk membeli persiapan untuk hari raya. Setiap penjuru suuq Lulu kami langkahi. Entah, sebentar-sebentar tengok lettop, sebentar-sebentar tengok telefon. Kami bukan nak beli pun. Just guna istilah "Cuci Mata".

Buat satey! Sory semua.. ana tdo..
         Satu jam kami ambik masa untuk cari barang. Setelah itu kami pun ke kedai elektronik. Masya Allah! Berpinar-pinar mataku melihat semua barang dalam tu. Sebut je apa yang anda nak, pasti ada. Tapi kami just "cuci mata". Selepas 30 minit, kami pun balik. Abang-abang senior ajak aku untuk main bola. Aku pun berkata, "tengoklah, kalau turun ada la, kalu tak turun maka tak ada la". Aku tahu pada ketika ini aku sangat letih. Semua tenaga telah dihabiskan untuk tengok barang-barang di suuq. Huh! Dalam hati aku "kalau aku pergi main ni, lembik la aku esok.. esok rayakan!". Setelah aku selesaikan urusan ku aku terus tidur, yang lain semuanya bermain. Jam 3.15 pg, aku tersedar ketika sahabatku masuk bilik. Aku yang masih berkemama bertanya "weh! tak tidur lagi ka?". Kawanku pun jawab, "baru je sudah cucuk satey. Aku nk kejutkan mg dah, tapi aku tgk mg tidur, jd aku tak nk ganggu mg". Alhamdulillah, mujur kawan tak kejutkan, kalau tak letih lepas ni. Jam 3,15 pagi ini aku dah dekad tak nak tidur. Kalau tidur pasti letih semula. Aku bersiap dengan pakaian yang sepatutnya. Sempat lagi untuk Tahajjud, sunat taubat dan witir.

          Semua orang pesan kat aku supaya kejutkan mereka. Itu adalah amanah yang besar. Jikalau aku tidur. Alamatnya, semua terlewat untuk ke Kedutaan Malaysia. Allah bagiku kekuatan. Jam 6.00 pg, adikku pun hantar mesej melalui facebook. Dia suruh ajarkan bagaimana nak install skype. Aku pun ajarlah dia satu persatu. 15 minit yang dimabil untuk selesaikan. Hatiku tiba-tiba rasa sedih. Rasa rindu yang beremdam kasih. Sebulan lebih aku tidak bercakap dengan keluargaku, sebelum ini pun melalui chatting. Jiwaku sungguh sebak. Aku pun mentabahkan diriku. "aku anak lelaki kan!" bisik hatiku. Ku lihat adik-adikku, ummi... abah tak kesempatan sebab tiada. Pergi tempat korban kot. Setelah bercakap dalm 20 minit. Aku meminta izin untuk bersiap ke Kedutaan Malaysia. Aku kejutkan semua yang tidur.

        Jam 7.20 pagi, abang Ikhwan suruh pergi ke garaj. "Jam 7.20 pagi, tayar kereta ana dah bergerak" pesan abang Ikhwan. Aku kenal dia. Dia sangat tegas dengan waktu. Berjubah hitam, kopiyah hitam, dan bersandal. Itulah pakaian rayaku kali ini. Dengan kelajuan 100km/j, 15 minit kami sampai di Kedutaan Malaysia. Ku lihat ramai kat sana. Semuanya rakyat Malaysia bersama sedikit pelajar dari Singapura sebagai tetamu. Kami ibarat satu keluarga di bumi Kuwait ini. Sebelum masuk ke dalam kawasan kedutaan. Kami dikehendaki menulis nama. Inilah kali kedua aku memijak kawasan kedutaan. Suasana semakin riuh rendah dengan suara kami. Kami berkumpul. Aku kumpulan dari Jamiah. Satu lagi kumpulan Maahad Ad-din. Kesian kumpulan Maahad Ad-Din. Mereka tersalah naik bas sebelum sampai di Kedutaaan. "ana naik bas 18, bas tu pergi ke bandar kuwait, ana dengar shahrul oyak bas 18, padahal bas no. 16, terpaksa la sep-sep ni naik bas no.15 untuk sampai ke sini", jelas Yasir. Aku pun bertanya tentang tambang, "tambang camne?". Dia pun jawab, " di sini tak sama dengan Malaysia, kat sini free je kalau berstatus pelajar". Untung benar rakyat Kuwait. Kami pelajar yang hanya menumpang tempat di negara orang. Apa pun.. Alhamdulillah.

Solat Sunat Hari Raya
Kami semua dijumput ke Mussalla yang terletak di bawah tanah. Sungguh canggih. Aku lihat ramai jamaah dah sampai sedang melaung takbir raya, "ALLAHU AKBAR.......". Sungguh indah di sini. Segala kesedihan tentang di rumah hilang sekelip mata. Setelah itu muncullah abang Ikhwan menerangkan tentang solat sunat hari raya sebagai peringatan semula. Suara imam yang berlagu shiekh Ghamidi. Terasa bulu roma merasai auranya. Sedap sungguh. Di tambahi dengan suara Khatib yang begitu bersemangat. Abang Cik Amir memkhutbah dengan suara pelbagai nada. Tahniah aku ucapkan. Bakat yang perlu digilapkan lagi. Setelah solat raya. Kami bersembang-sembang. Berpeluk-peluk kemaafan, Bersalam mesra antara kami. Kami bergambar. Semuanya bermemori yang terakam. Semuanya hensem. Kacak. Terbaek!

Sejurus habis raye...
Sedang menikmati hidangan!
      Sejurus kemudian, kami pun bergegas ke tempat makan. Waaaa! Banyak sungguh makanan. Letih aku melihatnya. Mustahil untuk aku menikmati semuanya. Semuanya disediakn untuk kami. Huh! Akibat terlalu ramai aku terpaksa beratur sebentar. Aku menikmati setiap hadangan yang sempatku ambil. Alhmdulillah. Suasana penuh dengan kecerian. Gelak ketawa. "kalau din datang mesti best lg" aku lontar persoalan kat sahabat-sahabat. Din tidak dapat hadir sebab deman campak. Kesian din. Tidak ada kesempatan untuknya unutk berhari raya di Kedutaan. Dia berehat di Maahad Ad-din. Qurtubah nama tempat itu. Sekian lama kami berjamu selera. Abang Ikhwan pun mengajak aku, mukhlis, k, cik, shahrul ke Qurtubah sebab nak hantar K ke sana sambil melawat Din. Setelah sampai di sana dengan kelajuan 90km/j, kami pergi bilik Din yang telah diasingkan. Sebelum itu pelajar luar perlu serahkan kad pelajar kepada penjaga di situ yang bertujuan keselamatan.

Terbaek!!
            Kami pergi ke bilik Din bersama makanan yang kami bungkus dari Kedutaan. Terkejut aku tengok muka Din. hihi... SyafakaAllah. Kami berbual-bual. Semua jenis jenaka yang terhasil dari berbualan kami. haha!. Din sungguh gembira dengan kedatangan kami. Dalam 20 minit sejurus kemudian, ramai pelajar yang datang melawat Din. Hampir 20 lebih datang ke bilik dia. Suasana semakin meriah. Aku terasa ukhwwah yang sangat erat antara kami. Allah telah satukan hati kami. Terasa berada dalam rahmat-Nya. Insya Allah. Satu suara azan yang kedengaran menyebabkan aku baru perasan yang solat Jummat sudah bermula. Kami mulai langkah meninggalkan Din keseorangan.

          Dalam perjalanan pulang, kami berbual. Aku pun melepaskan satu statsment "Bagus nya suasan gni, terasa ukhwwah". Tiba-tiba abang Ikhwan pun cakap, "Kuah?". Aduhai. "Kuah ap pih?. kuah nasi kapit ka... kuah gulai ka?...." kata abang Ikhwan. Tanganku mengetuk dahi. "Satu soalan ana ingin tanya kepada orang yang berada dalm kereta.. "Berapa lamakah kalian tidak mengorek telinga?". Habis orang dalam kereta gelak termasuk aku juga. Beberapa minit kemudian sampailah aku di University. Abang Ikhwan cakap kat Mukhlis, "ari ni kita tak wajib dah pergi solat jumaat sbb kita dah solat raya dah tadi".  Aku dan Mukhlis pun pelik "Aik! Betul ko gtu?". Abang Ikhwan pun jelaskan kat kami tentang perkara itu. Abang Ikhwan cakap ada dalam hadis yang menerangkan tentang gugur kewajipan untuk solat Jumaat jikalau sudah solat hari raya sebab sudah ada khutbah dalm solat sunat raya, tiada 2 khutbah dalam satu hari iaitu solat jumaat dan solat sunat hari raya. Panjang lebar yang diberitahu. Kewajipan solat zuhur tu meme kene buat, cuma solat Jumaat tu diringankan. Inilah ilmu baru yang aku dapat hari ini. Inilah kelebihan orang belajar. Boleh amal amalan seharian dengan ilmu. Islam itu Mudah. Jangan dipayahkan. Semuanya Allah sudah aturkan dalam syariatnya. Kami sampai di University dengan selamatnya. Aku pun berjalan dengan jiwa yag berpuas hati. Naik ke bilik dan bersiap untuk urusanku. Semuanya indah untukku.

Kenangan yg terindah... Alhamdulillah..
#Alhamdulillah, siap juga cerita ini. Semoga boleh mamfaatnya#

Monday 22 October 2012

Langkah Pertama di Kuwait

Aku mempersembahkan cerita ni... 
Aku melangkah satu ke satu melangkah menuju ke arah satu impian. Itulah aku pada saatku mula-mula sampai ke Kuwait. Kuwait lah satu negara yang pertama kali aku dengar masa tingkatan 5. Hasrat yang menjadi satu pengharapan dalm diri. Ketika dulu aku merasa mustahil. Tapi sekarang ia menjadi satu realiti. Masa di Malaysia. Ada orang tanya, "awk nak pergi belajar kat mane pasni?". Aku menjawab dengan yakin, " Insya Allah, Kuwait". Padahal, sejujurnya aku katakan aku belum pasti lagi perkara itu. Cuma naluri aku mengatakan, "Insya Allah, akn ke sana". Satu pengharapan yang sangat tinggi. Dalam diri sebenarnya takut aku berdusta kat semua orang lantaran permohonan Universiti Kuwait belum memberi jawapan. Itulah perasaan aku sebelum datang Kuwait. 

Dua minggu sebelum bertolak ke Kuwait, baru aku tahu yang aku terima masuk oleh Universiti Kuwait. Aku syukur yang tak terhingga. Sebab kalaulah takdir tidak menyelibihi aku nescaya aku belajar kat Jordan. Itulah perancangan yang pertamanya. Aku sujud syukur. Dadaku melepaskan satu perasaan yang sangat lega.
"Uhhh!". Alhamdulillah. Impian menjadi kenyataan. Itulah kuasa doa. Doa yang tidak pernah putus daripada Ummi dan Abah, ahli keluarga yang lain. Terima kasih yang terhingga. Hanya Allah yang dapat membalas segala doa-doa kalian.

Begitulah ceritanya sebelum aku menjejak langkah di Kuwait. Banyak asam dan garamnya sebelum ke sana. Nantiku ceritakan. Pada hari yang bertarikh 21 September 2012. Itulah tarikh yang bersejarah buat diriku. Jam 9.00 pagi, hari jumaat, Pelajar Malaysia (senior) menjemput aku dan yang lain. Aku naik kereta abang Zul Amin bersama Mukhlis, Abg Muhsin, Cg. Sabri, Ammar. Kak Ariesya dan yang selebihnya pergi bersama dengan Abang Ikhwan. Aku belum kenal sesiapapun pelajar senior lantaran kami tidak pernah berhubung. Masa ini tubuhku sangat letih disebabkan tidak cukup tidur. Sangat letih. Kami pergi ke Maahad Ad-din di Qurtubah. Itulah nama tempat. Dalam perjalanan, ke sana, ku lihat permandangan yang lain dengan Malaysia. Semua pasir. Ada dua tiga buah bangunan. Aku ternampak satu binaan yang berbentuk seperti cendawan. Aku pun terus tanya orang dalam kereta, "Ngapo tuh? Pelik jah nampak". Pastu seseorang menjawab "Tuu la kalau nak kenal cendawan padang pasir". Semua dalm kereta ketawa. Hahaha! Baru ku tahu yang bangunan tersebut adalah tangki air. Pelik sungguh!

Setelah sampai ke Maahad Ad-din. Kami mesti serah passport dan visa sebelum masuk ke dalam Maahad tuh. Ish! Menyusahkan betul. Tercari-cari dokumen tersebut. " Ape lah, nak masuk pun susah!" keluh aku. Setelah itu, aku diajak oleh saudara yang baru ku kenal, Hakim, K, Din, Anas ke Kantin bersama Ustz. Rusli dan yang lain-lain. Yang paling ku teruja. Makanan apa ni. Macam pernah kenal. Hihi.. Sosej, nasi, adalah makanan arab cikit. Menarik! Makanan kar sana memang boleh dipuji. Jarang sungguh orang bagi free je air kotak, kek... sungguh mewah kat cni. Aku tanya kat sahabat baruku tentang biasiswa kat Maahad. Diaorang cakap "45 dinar". Pergh! Banyak tuh. Kalau tukar kat duit Malaysia dalm Rm500. Seronoknya. Setelah makan, aku diajak ke bangunan Asrama. Full aircont bos! Semuanya free. 

Kantin Qurtubah
Tengah Makan.. hehe!
Setelah itu, aku tengak bagunan sekiling. Memang cantik. Siapa kata tidak cantik. Aku sarankan dia pakai cermin mata tebal-tebal. hihi! Gurau. Aku nak cerita sikit tentang Maahad Ad-din ni. Sekolah ni boleh dikatakn international sebab di dalamnya. Semua negara ada. 48 buah negara lebih kurang. Maaf kalau silap. Nak masuk sini pun susah juga. Kalau dulu nak masuk Maahad Ad-Din ini melalui YIK. Itu pun wajib PMRU 9A ataupn 10A. Wajib. Ada temuduga siap. Uhh!. Sesipa yang dapat pergi tu memang satu nikmat yang besar. Rugilah pelajar di sana kalu tak belajar sungguh. Sebab semuanya free. Sistem pengajian pun terbaik. Bahasa Arab comfirm dah dapat. 

Ketika dalam perjalanan ke Pejabat Maahad Ad-din. "Waaaa, Hebat juga Din dih" bisikku. Dia adalh belajar terbaik dalam bacth dia. Pelajar Malaysia yang tinggal di Kelantan. Syabas! Setelah sekian lama. Badan yang bercampur letih, mengatuk, teruja pun ada. Barulah kami di panggil untuk ke Universiti. "Waaa, cantiknya! Besar sangat!". Terkejut juga. Barulah gambaran yang bermain di fikranku di Malaysia terjawab. Yeah! Kereta abang Zul Amin pun di teduhkan di bawah garaj. Aku dan Mukhis pun menarik beg masin-masing yang sarat dengan barang. Masuk lah aku temdalm apartmnet berjumap dengan Musyrif. Pastu musyrif pun cakap arab dengan Abg Zul Amin. Pastu dia ada mntak Passport. Terpingga juga aku pun. Satu perkataan pun susah nak di fahami. Mujurlah abang Zul Amin tolong terjemahkan. Ish! Itulah menyebabkan terasa diriku sangat jahil dengan Bahasa Arab. Penuh dengan dugaan. "tidak ap! Aku pasti boleh.. Insya Allah" itulah kata-kata hatiku. Allah sahaja yang tahu. Selepas itu kami diberi anak kunci. Satu untuk aku. satu untuk Mukhlis. Aku duduk sekali. Alhamdulillah. Kami menuju ke tingkat 6 dengan lif. Tinggi betul. Setelah aku masuk bilik... Waaa.....

Pesanan Ustaz Rusli sebelum meninggalkan aku. "Belajar sungguh la, guna molek peluang ni, Baraka Allahu fikum". .... Tinggallah aku bersama Mukhlis.. Inilah ceritanya... Semoga Terhibur... :)

#Letih dah menaip untuk hari ni. Jumpa lagi untuk cerita seterusnya.#

Tuesday 16 October 2012

Cerita Sebalik SPM 2011 (2)


Aku persembahkan cerita ini.. Semoga bermamfaat!
Pada permulaan tahunnya, hatiku ternanti untuk menerima 'result' SMU aku. Aku tidak tahu setara mana keputusan aku itu. Yang penting sekali, aku tahu yang aku dah buat yang terbaik. Aku nak kongsi sikit rentang SMU sebelum aku bercerita tentang SPM aku. Semasa exam SMU aku hanya tdur 3 & 4 jam sahaja pada sebelah malam semata-mata nak hafaz. Seperti yang aku pernah beritahu yang aku tidaklah seperti orang lain. Aku kurang pikat dalam hafazan. Aku cuma mempunyai kerajinan. Kalau aku tidak usaha, 'comfirm' aku fail. Memang tradisi sekolah aku, nak dekat exam baru nak hafaz, baru nak usaha, baru nak belajar. Kalau nak ikutkan aku lah, aku nak hafaz lebih awal semua subjek exam. Peluang tidak menyelebihi aku. Time exam baru ustaz nak bagi. Apakan nasib aku, aku terpaksa mengikut apa yang ada masa itu. Dalam hatiku kuat mengatakan bahawa aku dapat "jayyid jiddan". Kalau nak ikutkan aku, aku berharap sangat aku dapat "mumtaz". Tapi, apapun aku syukur apa yang aku dapat. Aku juga terkejut yang sekolah aku terbaik SMU 2010 dalam Yayasan Islam Kelantan. Tahniah aku ucapkan!

Perasaan aku selepas aku dapat result SMU itu, entah! Aku tidak tahu nak cakap apa. Dengki kat kawan aku, 'mybe' ada kot. Biarlah yang lepas itu, berlalu dimakan masa. Aku tidak malas nak mengukit, bukan aku boleh buat apa pun. "forget it". Aku mulakan azam baru. Bulan Januari dan Februari, mungkin aku pernah berkata-kata dalam hatiku ketika itu, terasa marah, terasa geram, tidak berpuas hati dengan pembelajaran di sekolah. Segalanya terserah kepada pelajar. Kalau nak pandai, belajar. Kalau tak nak pandai, tidur. Itulah istilah yang digunakan. Aku sedih sangat. Aku bukanlah pelajar yang dikatakan cukup bijak, aku bukanlah pelajar yang genuis, tapi aku tahu siapa diriku. Aku hanyalah seorang pelajar yang pebuh dengan kedhoifan. Ketika ini, kelas tambahan tidak bermula lagi. Aku tidak bimbang untuk subjek akademik yang lain seperti sains, matematik, ekonomi, dan lain-lain. Tapi sangatku bimbang ialah subjek bahasa. Contoh, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, dan tidak lupa untuk Bahasa Melayu. Ingat mudahkah untuk kuasai bahasa dalam satu tahun? .. Eh! tidak sampai satu tahun pun. 7 bulan berbaki, setelah 4 tahun meninggalkan bahasa. Sungguh! Ketika ini aku sungguh tertekan.

Masa berjalan dengan sendirinya, tanpa disuruhpun. Aku hanya manusia biasa yang tidak mahu berbuat apa. Mustahil untukku untuk menyekat masa. Bulan 3 menjelang, ketika inilah Program Motivasi yang disampaikan oleh Dr. Syukri. Bermulanya saat itu, aku barukan segala perancangan. Aku berkata pada diriku, "Kalau begini keadaannya. aku tidak boleh duk diam, aku mesti usaha. Usaha! tidak perlu tunggu orang lain, tidak perlu bergantung pada orang lain! kalau ada apa-apa masalah aku tanye cikgu atau ustaz.. Hafiz! Mung tidak lemah.. Engkau seperti yang lain.. Cuma, ketahuailah Allah sedang mengujimu. Bersabarlah. mungkin ada hikmah sebalik ini". Itulah kata-kata yang seringku ulangi. Setiap masa ku ulangi. Aku tahu aku tidak lemah. Aku boleh!

Bulan seterusnya, barulah ku lihat guru-guru mengambil berat tentang kami. Itupun tidak semua. Bagiku, aku sudah memahami segalanya tentang keadaan sekolahku. Aku tidak perlu bersedih kerana kesedihan itu tidak bermakna untukku. Pada ketika inilah, baruku jumpa guru luar yang bersedia untuk mendidik kami semua. Iaitu, cikgu Zamri (Ekonomi), Cikgu Hamidah (Sains), Cikgu Hamidah (Sejarah), Bahasa Inggeris 1 (Madam Rohani), Bahasa Inggeris 2 (Madam Ilani). Sungguhku terharu pergorbanan mereka. Aku sungguh berterima kasih kepada Madam Ilani. Banyak cerita yang terhasil bersamanya. Sungguh Indah. Dengan ini, tidaklah aku mengetepikan guru-guruku di sekolah, aku berterima kasih atas usaha mereka dalam mendidikku. Sesungguhnya aku tidak dapat membalas segala ilmu yang dicurahkan. Hanyaku mampu ialah mengirimkan satu doa mengharapkan guru-guruku bahagia dunia dan akhirat. 

Inilah almari di kelas..
Bermulanya bulan empat, aku mula berjinak-jinak untuk tidur di kelas. Tidak selalu. Mungkin tiga hari seminggu. Berbantalkan lengan. Secara jujurnya, sungguh sakit seluruh badan kerana cara tidur yang tidak baik. Nak buat camne. Demi perjuangan, aku rela. Mungkin Allah berikan daku sedikit idea. Bagaimana hendak letakkan barang-barangku? Bilikku dengan kelas lebih kurang 600 meter. Jauh. Letih juga kalau nak mandi, nak minum, nak makan, semuanya memerlukan tenaga. Allah permudahkan urusanku. Aku jadikan papan kenyataan sebagai almariku. Baju-baju sekolah. Baju bermain. Baju solat. Tuala. Semuanya ku letak disana. Segalanya adalah untuk permudahkan urusanku. Alhmadulillah.

Ketika ini juga, aku membeli segala keperluan yang diperlukan. Pemanas air. Tikar. Sejadah. Apa yang menariknya, guru-guruku tidak pernah perasan akan segala perancanganku. Allah itu Maha Kuasa. Dialah mengatur segalanya. Aku tidak pernah brigak (tersempat) dengan ustaz-ustaz. Semuanya berjalan selama 7 bulan. Sedikit cerita yang ku ingin kongsikan ialah. Pada suatu hari, aku letak elok-elok dah kain tuala. Tapi ketika cikgu sedang mengajar. Tiba-tiba kain tuala di belakang papan kenyataan hampir jatuh. Aku terkejut. Sekiranya cikgu nampak. Hancur segala perancanganku. Hatiku terus berdoa. Sehinggakan aku tidak dapat fokus semasa pembelajaran tersebut. Mana mungkin aku dapat fokus. Mindaku memberi isyarat "Warning".
Segalanya berjalan dengan baik. Itulah perancangan Allah. Alhamdulillah.

Inilah jadualku.. 
Segala pembelajaranku aku bentuk dengan jadual yang dibuat sendiri. Aku gandakan usaha. Selagi aku tidak letih, aku terus belajar, ulangkaji tanpa henti. Bermula pagi berakhir dengan malam. Setiap detik ku belajar. Sehinggakan ku lupa tentang makanan. Tenagaku hanya berbekalkan air masak. Yuran asrama RM250. Tapi aku merasakan aku hanya guna RM50 sahaja. Semua itu ku korbankan demi perjuangan SPM. Aku tidak mahu kecewa untuk kali kedua. Aku tak nak kecewakan ummi dan abah. Aku sedar yang aku bukan seperti orang lain. Aku usaha lebih. Aku abaikan segala permainan. Sungguh! Sehinggakan aku kadang-kadang fade-up. Inilah kelemahannya. ketika ku terasa fade-up. Aku mencari sahabat yang dapat menasihatiku. Tapi kebanyakkannya mengatakan "oloh pih, mung hebat doh, rajin doo'h, kalau boleh luangkan masa. Relax jap. Main-main bola ko". Itulah jawapannya. Aku terimanya. Aku menetapkan masa lepas asar. Aku berlatih silat sikit-sikit. Lompat-lompat. senaman sedikit. Yer! Ada kesannya.

Aku ingin kongsikan sedikit cerita tentang perjalanan seharianku sepanjang hari untuk menghampiri SPM. Yeah! SPM itu menakutkan. Haha!.. Bermulanya pagi, aku bangun dari lenaku di kelas yang beralaskan tikar sahaja. Jam 4.30 pagi. Masa itulah seringku bangun dari tidur. Aku persiapkan segala keperluan unutk mengadap penciptaku, Allah Taala. dot... dot.... Lepas itu, aku buatkan diriku kopi Radix. Aku tidak boleh berpisah dengan kopi itu, aku dah cek kandungannya. Lebih baik daripada nescafe. Allah berikan sedikit kekuatan dengan kpi tersebut. Aku campurkan kopi tersebut dengan madu. Boleh kata, itulah sarapanku setiap hari. Bagiku buang masa kalau pegi ke kantin. Setelah solat suboh, aku bergilir antara baca Quran dengan Study. Kalau aku mengatuk aku baca Al-Quran. Kalau tidak, aku baca Buku. Setelah itu, perjalanan hari dengan belajar sampai Zohor. Eh! Tidak lupa bagiku untuk Solat Dhuha. Banyak kelebihan solat Dhuha. Aku tidak nafikan. Semuanya penuh dengan rahmat-Nya. Setelah habis zohor, aku terus ke kantin dan sesudah itu kekelas. Belajar dan terus belajar. Kadang-kadang, aku rehat sebentar. Sampailah 30 minit sebelum asar, aku hamparkan tikar ditempat biasa. Aku mesti tidur. Kalau tidak, mestiku letih pada waktu malam. Selepas solat asar, aku belajar dulu untuk 30 minit di kelas. Setelah itulah aku, bersenam-senam dan beriadah. Tidaklah lama sangat, dalam 30 nimit sahaja. Aku terus mandi di tamdas kelas kerana semua pakaianku sudah berada di kelas.  Jikalau aku tidak bermain, mesti waktu itu aku sedang belajar. Selepas maghrib, aku ku murajaah  Al-Quran. Itu adalh tanggungjwab yang mesti ku lunaskan setiap hari. Sesudah isya', Aku terus ke kelas. Belajar dan terus belajar sehingga jam berdetik 12.30 malam. Ish! Jangan bayangkan aku belajar terus. Ketika belajar, aku ada juga berbual-bual. Bersantai untuk melepaskan tekanan. Mungkin ada yang tidak tahu, apakah rahsia yang membuatkan aku dapat bangun awal. Satu je, sebelum tidur akan ku minum air masak 1.5 liter. Apa yang akn terjadi. Masing-masing tahu jawapanya.


Inilah aku! :)
Ermm... Aku menasihati anda. Janganlah tiruku daku dalam bab tidur di kelas. Membahayakan kesihatan. Semasa aku menjalani Peperiksaan Percubaan SPM. Aku demam teruk. Seolah-olah dah nak mati. Sakit dada sangat. Ummi aku terkejut setelah aku ceritakan perjuanganku utk SPM. Ummi marah kat aku. Aku terus diam. Memang salah aku. Semenjak hari itu, aku tidur di bilik semula. Tapi jiwaku tidak dapat dapat menerima. Aku selesa di kelas lagi. Apa pun aku tahan. Sampailah exam SPM. 

#Inilah ceritaku. Ap yang baik silalah ambik. Ap yg buruk, Buang jauh2#

#SPM 2011# 

Monday 15 October 2012

Perjuangan Bermula di Kuwait

Erm.. Ku persembahkan cerita ni.. 
         Semangatku semakin membara untuk menuntut ilmu. Tibalah waktu yang aku nantikan setelah menganggur di rumah selama 3 bulan.Sehinggakan aku terasa puas yang teramat sangat. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Bangun, makan, tidur, mengemas rumah, jaga adik, dan seumpamanya. Aku melihat jam 4.00 petang, hanya tinggal beberapa jam saja lagi untuk aku meninggalkan bumi Kelantan yang paling ku sayangi. Segala peralatan dan barang telah ku siapkan ke dalam beg. Alhamdulillah. Waktu asar mula memanggil. Aku terus solat asar bersama keluargaku buat kali terakhir. Aku rakamkan semua kenanganku pada semua sudut rumah. Semuanya mempunyai cerita tersendiri. Aku barukan segala azam. Aku sudah berjanji unutk belajar bersungguh-sungguh. 

        Ketika ini aku pakai pakaian yamg selama ini ku idamkan. Kot. Tali Leher. Berkasut hitam. Berbaju kemeja. Semuanya baru. Aku keluar rumah tercinta dengan lafaz yang mulia "بسم الله الرحمن الرحيم". Ketika ini ku jumpa ibu saudaraku, dia menciumku. Terharu sungguh. Betapa tinggi harapan mereka kepadaku. "Abg belajar elok-elok deh, ingat su ah etep deh, doakn ko su ah etep...." berkata su ah (ibu saudara). Semakin membara semangatku untuk belajar. Yeah!

        Dalam perjalanan ke airport Pangkalan Chepa, ku gamati segala permandangan sepanjang perjalanan ke airport bertemankan nenek n abahku. Semua hanya tinggal kenangan. Perjalanan mengambil masa sejam lebih kurang. Jauh dalm sudut hatiku, berat sungguh meninggalkan bumi kelantan yang sarat dengan kenangan. Sejak ku kecil, hinggalah umurnya aku sekarang 17 tahun 9 bulan. Erm... Setelah sampai di airport. Ku lihat ramai ahli keluargaku dan kenalan yang sudi meluangkan masa untuk menghantarku. Sebagai abang, aku mengajak adik-adikku dan sepupu pergi ke tingkat satu. Aku ingin belanja diaorang. Walaupun kosnya banyak, bagiku mereka lebih bernilai dari apapun.

Airport Pangkalan Chepa

       Ketika hendak cek-in barang-barang. Aku terkejut kerana barangku hanya 14.5 kg sahaja. Aku ingatkan 20 kg lebih. Berkata Madam Ilani, "Hafiz, kenapa bawa sedikit barang, rugilah". Aku pun menjawab, "Entahlah madam, hafiz tidak tahu plok yang berat barang hafiz sedikit. Ingatkan dah lebih muatan". Aku hanya tersenyum. "tidak apa madam, nanti balik dari kuwait, hafidz buat balik banyak-banyak barang dari sana". Haha!

        Jam 6.45 pm, inilah saatku tinggalkan segala kenangan bersama. Aku lihat guruku, Madam Ilani yang sudi datang, ibu saudara yang kusayangi, Mama dan keluarga, serta yang lain-lain yang sudi datang. Terima kasih yang tidak terhinggaku ku ucapkan. Kesudian kalian amatku hargai. Aku bersalaman dengan abah n ummi tercinta, nenek, sepupu n adik-adikku. Pada saat itu air mata tidak mahu mengalir, aku tabahkan diriku, jauh dalam sudut hatiku berasa satu kehilangan yang sementara. Aku berharap aku boleh jumpa mereka untuk kali kedua sekiranya umurku dan umur mereka panjang. Mindaku penuh dengan pesanan yang amat bermakna, terasa berat , tapi aku yakin aku boleh melaksanakan segala apa yang dipesan.

        Aku pun melangkah ke tempat berlepas. Inilah kali pertama aku naik kapal terbang. Teruja! Dulu masa kecik-kecik, ummi selalu pesan kalau nak naik kapal terbang, belajar la bersungguh-sungguh. Haaa... Inilah saatku naik kapal terbang. Seribu jenis perasaan masa itu. Tidak tahu apa yang nak dijelaskan. Tepat jam 7.50 pm, berlepaslah aku meninggalkan bumi kelantan. Bye-bye-bye kelantan. Semoga kita jumpa lagi.
Mula-mula duduk dalam flight, Ya Allah, sakitnya telingan dengan bunyi kipas. Terasa bengam telinga. Puas pom puas. Baruku tahu, begini lah naik flight. Ku baca malajah yang berada di belakang seat. Lamanya 50 minit bercampur sakit telinga. Apa pun menarik. Pengalaman pertama.

      Setelah sampai di KLIA, tempat yang pertama kami tuju ialah musolla, kami lepaskan segala hajat, solat dan lain-lain. Aku, mukhlis, ustaz Rusli, Aiman, Arwa, cg. Sabri dan beberapa pelajar kuwait yang lama. Setelah itu, kami pergi ke tempat makan. Hehe.. Mahal sungguh makanan. Mujur la kak Mukhlis datang. Belanja pizza. Menarik. Di sinilah ku jumpa sahabat baru yang sudah belajar di kuwait. Mereka belajar kat Maahad Ad-din. Bagiku, mereka lebih baik ilmunya daripadaku, aku bahasa arabnya kurang sangat dan ilmu-ilmu lain.

      Jam berdetik 12.15 pm, kami semua bersiap untuk cek-in. Barang-barang ku bawa dengan beratnya. Aku tengak orang lain, masya Allah, entah apa yang dibawa. Aku bawa sedikit je barang. Baruku perasan ramai juga yang menghantar kami di sana. Di sini juga bermulanya aku mengenali, Din, K, Anas, Hakim, dan lain-lain. Begitu cepat kami serasi. Mereka berkawan denganku seperti dah lama kami mengenali. Terbaiklah! Ketika ini tergambar segala gambaran tentang destinasiku. Menarik ke x?. Best ke x?. Mesti cantik kuwait?. Semuanya dipersoalkan dalam minda. Selepas cek-in, kami naik komunter, ke tempat berlepas, tunggu waktu untuk naik flight yang masih berbaki sejam. Huh! Lamanya. Ketika menunggu, ku lihat ramai pelajar. Aku memberanikan diri unutk bertanya. "Enta akn pergi ke mana? Belajar kat university ap...... dot .. dot " berbual-bual aku dengan pelajar mesir. Mereka naik kuwait airlines bersama.

       Tibalah saatnya kami berlepas, jam 3.15 am. Ketika ini kami bersegera ke dalam flight. Huh! Besar sungguh kalu nak dibandingkan dengan flight yang pertama aku naik. Makan, tidur, tengok handset. Puas sangat. 7 jam perjalanan. Cerita yang melucukan buat aku. Aku mahu ke tandas nak ambik wuduk kerana sudah masuknya waktu Subuh. Aku pun pergi ke tempat yang sepatutnya. Yang menghairankan aku. Mananya pintu tandas?. Tiba-tiba, peramugara tanya. Aku cakap "tandas... tandas... ". Dia tidak faham apa yang aku perkatakan. Aku ulang lagi "tandas... tandas..". Mujurlah ada seorang kak. Aku pun cakap kat dia. "Tandas". Dia pun bagitahu peramugara "toilet". Baruku teringat. Diorang faham bahasa Inggeris. Aku asyik berfikir perkataan tandas dalm bahasa arab, tidak keluar dari mindaku. Aku sungguh malu kat kak tu. Inilah nasibku. Setelah masuk tandas, aku pun ketawa sendirian. Haha!

Pelajar Kuwait yg bru taun ni.
       Stelah siap segala hajat,solat, makan, ... Menantilah diriku pendaratan ke airport kuwait buat kali pertamanya. Ku lihat sekeliling penuh dengan padang pasir. Huh! ... Alhamdulillah, sampai jua aku di bumi Kuwait. Di sinilah aku perhatikan segala bentuk gelagak orang arab. Menarik. Banyak ku lihat tulisan arab yang ku tidak fahami langsung. Ku menunggu abang-abang senior menjemput untuk ke University Kuwait. Semuanya kenangan terindah buatku.


Hihi.. Gmbr kat Airport Kuwait.
#Inilah pengalaman pertama ku, akn ku sambung lain kali#