Thursday 8 November 2012

Cerita Sebalik SPM 2011


Aku mempersembahmhkn cerita ini... utk calon SPM...
Wahai sahabat, aku sepertimu jua. Aku adalah manusia yang lemah. Terasa yang diriku ini adalah yang paling hina. Terlalu banyak aku melakukan dosa. Aku sungguh dhoif yang menantikan saat aku berjumpa dengan Penciptaku. Dialah yang hanya dapat mengampunkan daku. Dalam sudut hatiku sangat berharap semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang menggunung ini. Aku pernah mendengar kalimah ini, "Allah tidak hairan jikalau hambanya melakukan dosa, tapi Allah hairan jikalau manusia itu berdosa tapi tidak bertaubat, sedangkan setiap makhluk tahu yang Allah itu Maha Pengampun". Daku tidak ingat dari mana ayat itu. Mungkin kita dapat mengambil mamfaat daripada ayat tersebut. Setiap permulaan akan berakhir dengan pengakhirannya. Itulah kenyataan yang sinonim dengan kehidupan seorang makhluk. Yeah! Masa tetap jalan. Ketahuailah, sesungguhnya sekalipun ia tidak akan menunggu engkau, wahai manusia. Masa berkata kepada manusia,"Engkau tidak pernah hargai aku walaupun sekali, itulah engkau..". Itulah ayat akan aku keluarkan jikalau aku masa. Sungguh manusia dalam kerugian yang teramat. Pada tarikh 14 November 2011 menunjukkan satu sejarah yang sangat bermakna bagi yang bergelar pelajar tingkatan 5. Dalam tarikh tersebut, bermulanya satu debaran, satu perjuangan terakhir di sekolah menengah jikalau seseorang itu tidak ambil tingkatan 6. Bagiku, SPM bukanlah satu penentuan hidup bagi seseorang. Allah lah menentukan segalanya. Mungkin bagi sesetengah pelajar mengatakan SPM adalah menentukan hidup. Sekadar pemerhatianku ialah aku melihat ramai yang tinggi SPMnya, tapi akhlak buruk, down ketika di Universiti. Hal ini kerana, nilai agama dalam diri seseorang itu kurang. Mereka tidak tahu apa yang diperjuangkan. Untuk siapakah dia perjuangkan?. Itulah persoalannya. Sebab itulah ramai yang fade-up selepas satu kegagalan. Bagi mereka hidup mereka sudah hancur. Padahal dalam Islam, Islam tidak pernah ajar untuk umatnya fade-up. Muhasabahlah.

Rakan seperjuangan..
mija.mirol. aku. kimi. adib
14 Nov, semua pelajar di sekolah masih bercuti. Ketika ini, orang lain berseronok berhari raya Eid Adha. Aku yang hanya bertemankan buku dan nota. Saban hari, aku menantikan munculnya satu pengakhiran SPM ini yang bertarikh 13 Disember 2011. Aku merasakan seolah-olah masa berhenti. Ibarat 1 tahun lagi aku menantikan tarikh tersebut. Sungguh menyeksakan. Pernahku meluahkan ayat ini, "Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan jiwa, bila la nak habis exam ni. Aku dah tak tahan dah..". Yang aku dapat buat ialah sabar. Allahu akbar. 5 hari sebelum SPM, aku sampai di sekolah. Semua kosong, tiada orang. Dugaan tetap dugaan. Bayangkan dalam sebuah sekolah itu tiada orang. Hanya rakan persejuangan je di sisi. Itupun tidak semua. Akut tidak dapat tinggal di rumah. Sungguh banyak dugaan kalau berada di sana. Pasti aku tidak dapat fokus. Hari raya tahun inilah, aku merasa tidak ada apa-apa. Semua terfokus kepada SPM. Memang SPM satu pengalaman pahit tapi manis. Camne ek aku nak jelaskan. Hihi!. Sekolahku itu berbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang paling atas sekali ialah bangunan asrama, yang tengah pula bahagian pejabat, dan yang bawah sekali bangunan belajar. Markaz aku sepanjang SPM ialah tingkat 3. Aku berada di situ sebab kelas tu kosong. Pelajar tingkatan 6 dah pergi ke Mesir untuk perjuangan mereka yang seterusnya. Aku akan menyusul tapi bukan Mesir.

Mirza Nabil
Amirul Mustaqim
Bermulanya saat genting buatku untuk pecutan terakhir buat perjuangan SPM setelah aku bersungguh-sungguh belajar. Perasaan perit, pedih tetap ku rasai. Aku menarik nafas yang panjang semoga diriku terus tabah. Selama aku tinggal di kelas tingkatan 6 ketika cuti, aku hanyalah makan roti bakar sahaja. Aku meminta izin pembakar roti kesayangan ummiku untuk bawa ke sekolah. Roti oh roti. Terasa jemu di tekak untuk terus menelannya. Terasa pula aku berada di negara yang makanan asasinya adalah roti. Huh! Hari semakin menghampiri SPM, jantungku juga semakin menambah detupannya. Berasa hangat badan. Ketika ini, aku tidak berseorangan. Sahabat kesayanganku tetap bersama. Ramzul Hakimi. Mirza Nabil. Amirul Mustaqim. Kenangan bersama kalian tetap aku kenang sampaiku tiada di muka bumi ini. Kenangan kita sungguh indah. Semua tidak tahu apa yang terjadi antara kita. Subhana Allah. Bermulanya hari pertama exam, kami semua akan berpuasa. Kami mengharapkan rahmatNya bersama kami. Puasa suatu ibadat yang luar biasa. Walaupun siang hari kami berpuasa, badan kami masih bertenaga. Fizikal dan fikiran kami hanya fokus untuk pelajaran. Belajar terus belajar. Puasalah yang menyebabkan kami semua dapat menjimatkan masa. Sepatutnya kami makan, tapi kami study. Sepatutnya kami mengambil masa untuk ke kantin, kami masih study. Berbekalkan semangat yang saling berpesan-pesan, diriku tidak sekali-kali terasa lemah.

Satu persatu peperiksaan mulai kami tempuh. Bermula dengan Bahasa Melayu bertarikh 14 November dan berakhir dengan Pendidikan Al-Quran As-sunnah 14 Disember. Setelah tamatnya satu persatu exam, terasa lega di hati. Ketika itu, aku seperti hentapan gunung terhadap diriku hilang serta merta. Ada juga kadang-kadang datang perasaan runsing disebabkan tersalah jawab dan sebagainya. Aku tetap berselah kepada Allah. Aku tahu aku dah usaha sedaya upaya. Nyawaku terasa berada di hujung tanduk. Huh! Perasaan sedemikian bukanlah hanya menimpa diriku, tetap hampir semua sahabatku. Kondisi tempat aku di dalam dewan tidaklah bernasib baik. Bayangkan, di depanku adalah Ketua Pengawas. Bertambah debaran di hati. Seingat aku, pada hari mula-mula exam. Ummiku datang ke sekolah untuk mengucapkan "Selamat Berexam". Dalam sudut hatiku sungguh terharu, sampaikan aku mengeluarkan air mata. Jiwaku sungguh takut jikalau aku tidak dapat buat yang terbaik. Sungguh tinggi hasrat ummi dan abah melihat aku berjaya. Aku adalah anak sulong. Segalanya bermula diriku. Adik-adikku akan melihat prestasiku untuk mereka terus bersemangat belajar. Semua itu aku tahu. Aku masuk dewan dengan seribu jenis perasaan. Aku mulakan bacaan doa supaya aku tenang. Mulakan kaki kanan berserta dengan lafaz mulia "Bissmillahirahmanirahim". Itulah mula-mula aku menjejak kaki ke dalam dewan peperiksaan. Huh! Ku lihat ketua pengawas berada di hadapanku. Begitulah hari seterusnya, ketakutan semakin berkurangan. Aku menjawab sebaik mungkin. Ada yang dapatku jawab dengan baik, ada juga yang terkandas. Mungkin ilmu di dada ini belum kemas. Aku hanya belajar 9 bulan sahaja untuk buku tingkatan 4 dan 5. Bukan senang. Bukan sekadar faham je, hafaz pun mesti juga. Kalau tak mana mungkin aku dapat jawab exam. Dalam sudut hatiku, aku juga perasaan cemburu kepada kawan-kawan yang belajar 2 tahun. 


Tidur!
Ramzul Hakimi
"Rugilah wahai pelajar yang belajar 2 tahun jikalau kalian tidak dapat straight A. Aku hanya belajar 9 bulan je. Itu pun tidak tolak lagi, makan, minum, tidur, dan lain-lain.", bisik hatiku. Aku tidaklah pandai sangat. Aku gunakan segala kudrat yang berbaki. Aku terus usaha. Belajar dan terus belajar. Aku tidak berseorangan. Allah bersamaku. Secara ringakas ku cerita apa yang terjadi sepanjang hari kami dalam musim peperiksaan. Bermula jam 4.15 pagi, jam kami mulai berbunyi. Selalunya aku yang terlebih dahulu tersedar dari alunan mimpi yang tidak ketentuan. Aku terus kejutkan sahabatku yang mana tidur di kelas. Kami hanya berlapikkan tilam yang nipis. Sejuk lantai sering kami rasai. Ahhh! Peduli apa. Demi perjuangan SPM, jiwa kami tetap tabah. Kami bersiap solat sunat. Semuanya atas masing-masing. Sebelum jam berdetik untuk Subuh, kami bersahur dengan roti yang dibekalkan oleh ummiku. Sama-sama kami rasai, walaupun sedikit. Jikalau roti habis, aku akan bagitahu ummi. Ummi sanggup datang untuk berikan apa yang aku mahukan, sedangkan aku tahu dia letih. Tapi demi anak yang tercinta ini, dia sanggup datang. Itulah ummiku. Terima kasih ummi! Selepas solat subuh, bermulalah saat untuk menjawab soalan. Selepas selesai exam, aku selalunya terus ke kelas tingkatan 6 untuk rehatkan minda. Kadang-kadangku tidur sekejap, kadang-kadangku berbual-bual. Bergantung kepada keadaan. Selepas zohor, kami setus ulangkaji apa yang dipelajari. Aku selalunya menyemak info-info terbaru daripada internet. Aku hanya bawa lettop buruk unutk memudahkan urusan. Aku sudah meminta izin dengan mudir. Mudir percaya kepadaku. Alhamdulillah. Peredaran hari tetap sama. Kalau subjek susah, kami terpaksa bekerja keras sikit. Itu sahaja. Doa. Kami tidak pernah miss. Bacaan Al-Quran juga tidak dilupakan. Kami berharap Al-Quran juga memberikan ketenangan kepada hati-hati kami. Masya Allah. Aku tidak dapat menjelaskan bagaimana keadaan kami ketika itu. Pada waktu malamnya kami tidak tidur lewat, dalam jam 11.00, aku sudah beransur-ansur tidur.

Entah! Puas kot.. Hari last..
Ikrarku!
 Itu cerita kami berempat. Aku, kimi, mija, mirol. Tidak lupa juga sahabat yang lain. Ada yang study di bilik tayangan, di kelas, di bilik. Apa yang aku terujanya, ada juga kawan-kawan seperjuangan yang tidur hanya 1 atau 2 jam sahaja. Semua itu disebabkan study last minit. Apakan daya. Apa pun tahniahlah kerana belajar. Kalau tidak silapku, ramai juga yang tertidur dalam dewan peperiksaan. Bagiku, itu adalah tindakan yang tidak sepatutnya. Biarlah. Aku tidak kuasa aku untuk menentukan semua itu. Atas diri masing-masing. Maka tibalah exam yang terakhir. Huh! Ketika ini semua pelajar lain sudah bercuti. Selepas masuk dewan, ketua pengawas berpesan, "sesiapa yang ada bawa handset, sila bawa kehadapan". Yang melucukan aku ialah, hampir penuh meja dengan handset. Terkejut pengawas-pengawas.  Setelah selesai exam, laungan takbir berbunyi. "Allahu akbar!". Selepas itu kami bersalam-salaman dengan semua pengawas. Terasa sedih pun ada setelah banyak kali kami bersama. Itulah hari terakhir pada tahun 2011 aku bersama sahabat-sahabat dan kawan-kawan. Dunia yang gelap kembali ceria. Satu beban sudah selesai. Hanya doa sahaja dapat dilakukan dengan mengharapkan Allah memberikan kami ketenangan dan mendapat result yang baik. Hari last, aku tidak balik. Aku bersama sahabatku buat kali yang terakhir. Esok! Aku dah berpecah mencari laluan masing-masing. Itulah ceritaku. semoga terhibur dan ambillah mamfaat.


Last! Pengambaran terakhir...

#Tidak lupa kpd rakan2 yang pernah bersama... Terima kasih kerana anada menjadi memori hidupku.. terutama.. Che Adib, Mustaqim dan lain-lain#



No comments:

Post a Comment